awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2013
02:53 MYT
Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok
Gamat dibuatnya susulan pengumuman pengeluar rokok British American Tobacco (BAT) Malaysia pada Isnin untuk menaikkan tiga peratus harga rokok.
Antara komen yang diterima di laman sosial Facebook Astro AWANI, daripada seseorang yang menggelarkan dirinya Karuek Kenang Ngan.
Dia berkata “biar setinggi manapun kenaikan, perokok tetap akan membelinya.
Selain itu akan ada pihak yang mengambil kesempatan.
“Dengan kenaikan harga rokok, rokok seludup akan mendapat keuntungan lumayan disebabkan permintaan yang tinggi.”
Ike Dean pula mengingatkan semua kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memfatwakan perbuatan merokok sebagai haram dan selaku rakyat yang bermastautin di negara ini anda adalah diseru untuk berhenti merokok selaras dengan tuntutan Islam.”
Sementara itu, Muhammad Ahmad berkata “kenaikan harga rokok tidak akan menjadi sebab utama perokok tegar itu berhenti. Saya nampak inilah cara mengaut keuntungan yang mudah. Asal nama rokok mereka tetap akan beli sebabnya ketagihan merokok bukan mudah nak dibuang.”
Saifullah Abdul Rahim pula melontarkan pendapat berbeza dengan alasannya yang tersendiri.
“Kalau rokok haram, kenapa dijual? Para perokok banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Hargailah para perokok di Malaysia. Jika tiada perokok siapa lagi akan menyumbang kepada ekonomi Malaysia,” jelas Saifullah.
Berikut pula adalah reaksi pengguna Twitter:
Rokok dunhill 20 naik rm10.50? Mujur aku dah 10 tahun bebas dari ketagihan kuasa...eh..rokok
— ronasina (@ronasina) June 4, 2013
Malaysia patut ikut contoh Singapura soal harga rokok. Kat Singapore isap rokok seludup adalah illegal, dendanya waduh! #fb
— Dato Nikah Kawen ™ (@KartunisGandum) June 4, 2013
Nampaknya harga rokok dah NAIK!!! Masa utk perokok bekerja keras agar LEBIH KAYA utk gaya hidup mewah ini... ;)
— HilalAzmi (@HilalAzmi) June 3, 2013
Nak slow2 dah breti merokok..gara2 rokok naik 30sen ni...azab 30sen..oh 30sen..
— Prince Zolerobloom (@zolerobloom) June 4, 2013
Anda ada pendapat? Teruskan berkongsi pendapat bersama kami di @501Awani, Facebook dan U Wartawan.
Topic Berkaitan
#BAT
#British American Tobacco
#harga rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan