awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial hangat dengan kehilangan Satishkumar

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
28/01/2013
04:52 MYT
Media sosial hangat dengan kehilangan Satishkumar
Penemuan mayat William Yau Zhen Zhong di Port Klang pada Khamis lepas mungkin akan kekal abadi dalam sejarah Malaysia sebagai suatu tragedy yang menyayat hati.
Walaupun misteri di sekitar kematian budak berumur enam tahun itu masih segar di minda semua rakyat Malaysia, satu lagi kes kehilangan kanak-kanak sedang giat dibincangkan dalam laman media sosial.
Satishkumar Tamilvanan hilang pada 8 Ogos, 2012 di sebuah medan selera di Jalan Sama Gagah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kanak-kanak berumur lima tahun itu telah mengikut ayahnya V. Tamilvanan, 35, dan datuknya S.Velmurugan ke medan selera pada hari itu.
Bapanya yang merupakan seorang pemandu lori, telah memberikan Satishkumar sedikit wang untuk membeli gula-gula di medan selera yang sama.
Satishkumar hilang selepas itu.
Pebincangan tentang kehilangan Satishkumar hangat dibincangkan di laman media sosial.
Satu akaun yang dipanggil 'Help find Satishkumar Tamilvanan' (Tolong cari Satishkumar Tamilvanan) telah direka di Facebook untuk mengikuti perkembangan kehilangan kanak-kanak yang akhir sekali dilihat memakai baju berwarna kuning dan seluar pendek berwarna hijau.
Kumpulan yang direka lima hari selepas kanak-kanak itu hilang, mendapat 29 ‘likes’ setakat ini. Manakala gambar kanak-kanak yang ketinggiannya 70cm and 15kg giat disebarkan di laman Twitter. Antara mesej twitter yang disebarkan:
@theREALharvinth: “Seorang lagi kanak-kanak hilang. Satishkumar yang beusia lima tahun. Tolong sebarkan. Hubungi pihak berkuasa jikalau anda melihatnya.”
@KamaliaAdlina : “Sharlinie Mohd Nashar, Nisha Chandramohan & Satishkumar. Kanak-kanak yang hilang yang polis still tak jumpa."
@asrulmm “Satishkumar. Nisha Chandramohan. Sharlinie. Nurin Jazlin. Nurul Nadirah. William Yau. Pergi tetapi tidak akan dilupakan."
@1malaise “Sharlinie Mohd Nashar. Lee Xin Ru. Nisha Chandramohan. Asmawi Jalaluddin and T. Satishkumar. William Yau Zhen Zhong. Dimanakan anak-anak kita?”
Topic Berkaitan
#satishkumar tamilvanan
#William Yau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan