MALAYSIA
Media Tamil perlu main peranan jadi suara komuniti - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih @ HAWANA sempena sambutan Deepavali di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Media Tamil perlu memainkan peranan penting sebagai jambatan budaya dan suara utama komuniti India, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Ringkasan AI
Beliau berkata selain itu, media Tamil perlu sentiasa diberi peluang, sokongan dan latihan yang sewajarnya supaya mereka dapat terus berkarya selain menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.
Teo berkata pengamal media Tamil boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan antaranya anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) seperti Bengkel Asas Berlakon, yang terbuka kepada orang awam khususnya kepada komuniti India, dari 3 hingga 7 Mac lepas.
"Kursus ini memberi peluang kepada 30 peserta untuk mendalami asas seni lakonan, membina keyakinan diri serta membuka ruang kepada bakat baharu," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA Sempena Sambutan Deepavali 2025 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025 Arul Rajoo Durar Raj.
Selain itu, beliau berkata isu ketiadaan Bahasa Tamil pada Welcome Wall di Menara Kuala Lumpur mendapat perhatian masyarakat India serta media tempatan awal September lepas, dan ia berjaya diselesaikan dengan segera.
"Apabila isu ketiadaan Bahasa Tamil menjadi tular, saya segera menghubungi pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur agar bukan sahaja memasukkan Bahasa Tamil tetapi turut menambah baik paparan dengan memasukkan Bahasa Kadazan dan Iban," katanya sambil menambah kini 24 bahasa dipaparkan bagi mencerminkan semangat kepelbagaian di Malaysia.
Teo turut merakamkan penghargaan Kementerian Komunikasi terhadap jasa pengamal media yang berperanan di balik tabir penyampaian maklumat dan berita.
Beliau berkata selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, keadilan sosial dan ihsan, Kerajaan MADANI telah mengambil beberapa langkah penting untuk memastikan profesionalisme pengamal media sentiasa terpelihara.
Antara tindakan yang dilaksanakan menerusi Bernama adalah memperluas perlindungan sosial melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk golongan pengamal media sambilan.
Selain itu, peluang latihan dan pembangunan profesionalisme turut dilaksana oleh Bernama serta IPPTAR, dan terbaharu berjaya mewujudkan Akta Majlis Media Malaysia yang berkuat kuasa 14 Jun lepas sebagai sebuah badan kawal selia kendiri industri media.
Teo berkata pada tahun ini, IPPTAR merancang 80 kursus dengan sasaran penyertaan 1,500 peserta dan daripada jumlah itu, sebanyak 74 berjaya dilaksanakan melibatkan 4,800 peserta setakat 10 Okt lepas.
Beliau berkata seiring dengan perkembangan teknologi, IPPTAR telah berjaya melaksanakan 23 kursus berkaitan kecerdasan buatan yang dirancang sepanjang tahun ini membabitkan 1,104 peserta.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching gesa media Tamil jadi jambatan budaya dan suara komuniti India serta terus diberi sokongan dan latihan.
- Isu ketiadaan Bahasa Tamil pada Welcome Wall Menara KL diselesaikan selepas campur tangan Teo, kini memaparkan 24 bahasa termasuk Tamil, Kadazan dan Iban.
- Kerajaan MADANI tingkatkan kebajikan pengamal media melalui perlindungan sosial, latihan IPPTAR dan pelaksanaan Akta Majlis Media Malaysia.