GADGETS
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Mediatek memperkenalkan cip Dimensity 7100 sebagai pemproses peranti 5G kelas permulaan dengan peningkatan prestasi yang signifikan. -Foto Amanz
MEDIATEK memperkenalkan cip Dimensity 7100 sebagai pemproses untuk peranti kelas permulaan 5G mampu milik.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Cip ini dihasilkan menggunakan teknologi 6nm yang menawarkan peningkatan sehingga 5 peratus dalam penggunaan tenaga, 23 peratus kecekapan modem dan 16 peratus kecekapan ketika memainkan video berbanding Dimensity 7050.
Dimensity 7100 dilengkapi CPU lapan teras dengan konfigurasi empat Cortex-A78 berkelajuan 2.4 GHz dan empat Cortex-A55 berkelajuan 2.0 GHz, dipadankan dengan GPU Arm Mali-G610 MC2.
Dari segi grafik, cip ini menawarkan peningkatan sekitar 8 peratus berbanding Dimensity 7050. Ia turut menyokong memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1.
Cip ini menyokong kamera sehingga 200MP dengan keupayaan merakam video HDR. Modem 5G yang digunakan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 3.3 Gbps.
Selain itu, ia menyokong rangkaian Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 serta sistem navigasi GPS, BeiDou, Glonass, Galileo, QZSS dan NavIC.
Peranti pertama yang akan menggunakan cip ini ialah Infinix Note EDGE. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mediatek memperkenalkan cip Dimensity 7100 sebagai pemproses peranti 5G kelas permulaan dengan peningkatan prestasi yang signifikan.
- Cip ini dibangunkan menggunakan teknologi 6nm yang menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik dan prestasi grafik yang lebih tinggi berbanding pendahulunya, Dimensity 7050.
- Dimensity 7100 dilengkapi dengan CPU lapan teras, GPU Arm Mali-G610 MC2, menyokong kamera sehingga 200MP, dan kelajuan muat turun 5G sehingga 3.3 Gbps.
Cip ini dihasilkan menggunakan teknologi 6nm yang menawarkan peningkatan sehingga 5 peratus dalam penggunaan tenaga, 23 peratus kecekapan modem dan 16 peratus kecekapan ketika memainkan video berbanding Dimensity 7050.
Dimensity 7100 dilengkapi CPU lapan teras dengan konfigurasi empat Cortex-A78 berkelajuan 2.4 GHz dan empat Cortex-A55 berkelajuan 2.0 GHz, dipadankan dengan GPU Arm Mali-G610 MC2.
Dari segi grafik, cip ini menawarkan peningkatan sekitar 8 peratus berbanding Dimensity 7050. Ia turut menyokong memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1.
Cip ini menyokong kamera sehingga 200MP dengan keupayaan merakam video HDR. Modem 5G yang digunakan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 3.3 Gbps.
Selain itu, ia menyokong rangkaian Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 serta sistem navigasi GPS, BeiDou, Glonass, Galileo, QZSS dan NavIC.
Peranti pertama yang akan menggunakan cip ini ialah Infinix Note EDGE. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kelebihan utama cip Dimensity 7100 berbanding Dimensity 7050?
A: Dimensity 7100 menawarkan peningkatan prestasi yang signifikan termasuk kecekapan tenaga yang lebih baik, prestasi grafik yang lebih tinggi, dan kelajuan muat turun 5G yang lebih pantas berbanding Dimensity 7050. - Q: Cip manakah yang akan menjadi peranti pertama yang menggunakan Dimensity 7100?
A: Peranti pertama yang akan menggunakan cip Dimensity 7100 ialah Infinix Note EDGE, seperti yang dilaporkan dalam artikel ini.