awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEF minta industri seni dibenar beroperasi ketika PKP

Bernama
Bernama
24/06/2021
20:15 MYT
MEF minta industri seni dibenar beroperasi ketika PKP
Shamsuddin berkata ia penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan survival anak seni yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memohon kerajaan membenarkan industri seni dan kreatif beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata ia penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan survival anak seni yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Sememangnya setiap industri perlu waspada agar tidak terkena jangkitan virus tetapi tidak semestinya tidak benarkan operasi.
"Sekiranya semua ahli industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan, maka kegiatan seni tidaklah boleh dikatakan aktiviti yang menimbulkan jangkitan COVID-19," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'PKP 3.0: Survival Anak Seni' yang disiarkan secara langsung melalui Bernama TV malam tadi.
Dalam hal ini Shamsuddin berkata kerajaan atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu mengeluarkan SOP jelas agar anak seni boleh bergiat semula dan menjana ekonomi masing-masing.
Dalam masa sama beliau memohon agar anak-anak seni yang terlibat dapat diberikan suntikan vaksin secepat mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MEF
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
#industri seni dan kreatif
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#COVID-19
#Shamsuddin Bardan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan