KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) hari ini mencadangkan agar kebenaran khas diberikan bagi penggunaan tenaga kerja dalam kalangan pelarian, pekerja asing tanpa izin atau dokumen serta banduan membabitkan kesalahan kecil, untuk menampung kekurangan pekerja asing ketika ini.
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata pelarian atau pekerja terbabit yang mempunyai kebenaran khas kerajaan itu boleh bekerja terus bagi mengisi kekurangan sedia ada sementara menunggu ketibaan pekerja asing.
"Industri perladangan misalnya mengalami kerugian lebih daripada RM30 bilion akibat kekurangan pekerja pemetik buah atau penuai. Kekurangan pekerja itu menyebabkan kerugian berbilion-bilion ringgit apabila buah-buah sawit yang masak tidak dapat dituai untuk dijadikan minyak.
"Kekurangan sama turut dialami oleh sektor-sektor lain seperti pembuatan, perkhidmatan runcit pelancongan dan pembinaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut kenyataan itu, para majikan berdepan masalah kekurangan pekerja asing yang ketara akibat langkah pembekuan khidmat pekerja asing baharu ketika tempoh pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021 selain penutupan sempadan Malaysia.
Sejak pertengahan Februari lepas, kerajaan bertindak menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing, namun proses permohonan dan kelulusan masih belum lancar dan tiada sebarang pekerja asing baharu yang dibawa masuk setakat ini, kata MEF.
Syed Hussain berkata laporan menyatakan terdapat kira-kira 168,000 pelarian yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan lebih 60 peratus daripadanya berpotensi untuk bekerja.
Beliau berkata kalangan masyarakat perniagaan Malaysia telah membelanjakan banyak masa serta sumber untuk mengisi kekurangan itu yang terbukti masih belum membuahkan hasil.
"Sejajar dengan peningkatan permintaan dunia terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia, sebarang kelewatan adalah kerugian kepada perniagaan dan kerajaan. Majikan memerlukan pekerja baharu dengan segera untuk membantu usaha pemulihan perniagaan masing-masing.
"Kita perlu mengenal pasti penyelesaian segera bagi menampung keperluan sehinggalah semua isu berkaitan khidmat pekerja asing ini dapat diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022

Syed Hussain berkata pelarian atau pekerja terbabit yang mempunyai kebenaran khas kerajaan itu boleh bekerja terus bagi mengisi kekurangan sedia ada.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

MEF: Biar industri tentukan aturan kerja fleksibel berdasarkan keperluan perniagaan
Aturan Kerja Fleksibel (AKF) tidak sewajarnya ditentukan kepada perniagaan, sebaliknya, industri perlu membuat penetapan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.

MEF rayu kebenaran khas guna khidmat pelarian, pekerja tanpa dokumen
Mereka boleh bekerja terus bagi mengisi kekurangan sedia ada sementara menunggu ketibaan pekerja asing ketika ini.

Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara.

BDR: Berhenti tekan pekerja bawahan, tumpu kelemahan pengurusan tertinggi - MUDA
Kalau benar MEF hendak berkira tentang penjimatan kos perjalanan maka haruslah dipersoalkan kos internet dan kos elektrik bekerja dari rumah.

Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah- MEF
MEF melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah.

Pengeluaran khas KWSP untuk keperluan khusus, bukan menyeluruh - MEF
Syed Hussain berkata, pengeluaran khas sehingga RM10,000 itu perlu dibenarkan atas alasan bagi keperluan atau keadaan khusus.

MEF sambut baik usaha kerajaan wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
Usaha pelbagai kementerian telah menjadikan siswazah yang menganggur lebih mudah dipasarkan.

Majikan perlu terap teknologi baharu untuk tingkat produktiviti - MEF
Produktiviti tinggi akan menjana lebih pendapatan kepada syarikat yang seharusnya dikongsikan seadilnya dengan para pekerjanya.

Patut atau tidak gaji minimum dinaikkan sekarang? Dialog Tiga Penjuru, 8.30 malam ini
MTUC kata gaji minimum Malaysia rendah berbanding kos sara hidupnya, MEF pula kata ekonomi masih belum kuat untuk ia dinaikkan.

Kenaikan gaji minimum: Nik Nazmi persoal tindakan MEF
Nik Nazmi mendakwa, Syed Hussain sering memberikan pelbagai alasan setiap kali cadangan kenaikan gaji kepada pekerja.