JOHOR BAHRU: Seorang mekanik dipukul oleh tiga lelaki selepas didakwa memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun membuat laporan polis jam 1 pagi, pada Sabtu mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku pada jam 6.05 petang.
Menurut Raub, mangsa dikatakan terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 30-an.
"Tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta berada di belakang kereta dan motosikal tersebut menyaksikan kejadian itu.
"Kemudian ketiga-tiga lelaki itu yang berusia antara lingkungan 25 hingga 31 tahun keluar dari kereta dan memukul pemandu kereta tersebut (mangsa) dengan kaki serta tangan," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.
Tambah beliau, tiga lelaki itu yang tiada kaitan dengan pemandu motosikal atau pemandu kereta berkenaan dikatakan berang dengan perbuatan mangsa yang didakwa memandu secara berbahaya.
Ujar Raub, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) manakala kes pukul di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Tambah Raub, video kejadian tersebut yang berdurasi 33 dan 22 saat tular di media sosial sejak Jumaat.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan meminta agar individu yang terbabit supaya tampil ke IPD berkenaan untuk diambil keterangan," katanya.
Sementara itu orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh terus menghubungi talian hotline IPD tersebut 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor S Sivakumaran menerusi talian 019-5127410. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 02 2022

Tangkap layar dari video yang viral di media sosial dipercayai kejadian seorang lelaki dipukul selepas didakwa mengakibatkan kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru, pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC

Mekanik dipukul 3 lelaki, didakwa pandu melulu hingga sebabkan kemalangan
Menurut Raub, mangsa dikatakan terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 30-an.

Warga JB terkejut aksi kejar-mengejar di lebuh raya, 3 suspek akhirnya dicekup polis
Polis berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita selepas aksi kejar mengejar dengan suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda Civic di Lebuhraya Pasir Gudang.