awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi

Bernama
Bernama
20/01/2025
14:04 MYT
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Abang Zainal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang 1953 iaitu kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan. - Gambar FB - Malaysian dogs deserved better
IPOH: Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan setelah laporan polis dibuat hari ini oleh pengadu yang melihat rakaman video kejadian berkenaan di laman Facebook.
Beliau berkata suspek dipercayai bertindak demikian akibat marah digigit haiwan peliharaannya itu dalam kejadian yang didakwa berlaku kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.
"Anjing berkenaan telah diselamatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV) negeri bagi tujuan rawatan dan senjata serta baju yang dipakai suspek semasa kejadian turut dirampas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan 17 narkotik memiliki lesen sah untuk memelihara haiwan berkenaan.
Abang Zainal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang 1953 iaitu kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan.
Terdahulu, tular video berdurasi 43 saat di laman sosial Facebook Malaysian Dogs Deserve Better memaparkan seorang lelaki memukul seekor anjing dengan sebatang tukul besi dan video berkenaan telah dirakam seorang individu, dipercayai tinggal berhampiran kawasan kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman sosial
#video tular
#Facebook
#anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan