KUALA LUMPUR: Seorang mekanik motosikal ditahan polis awal pagi hari ini, disyaki terlibat kes menyamar sebagai anggota polis dan menyamun berkumpulan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berumur 33 tahun itu, ditahan di rumahnya berhampiran Taman Putra Ampang di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata suspek bersama dua lagi rakannya telah menahan sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja di Bukit Ampang dan mengaku sebagai anggota polis, sebelum memberitahu mangsa bahawa laluan tersebut tidak boleh dilalui.
"Mangsa kemudian beredar dari lokasi itu namun semasa di persimpangan lampu isyarat Taman Putra, mereka menyedari kesemua suspek sedang mengekorinya.
"Mangsa cuba melarikan diri, namun suspek telah menahan motosikal mereka dan salah seorang lagi suspek mengambil wang tunai RM20, sebuah telefon bimbit jenis Oppo serta mengambil gambar kad pengenalan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
POLIS-TAHAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Mohamad Farouk berkata polis turut merampas telefon bimbit suspek yang mengandungi gambar kad pengenalan mangsa selain pakaian, topi keledar dan motosikal yang digunakan, sewaktu kejadian.
"Suspek yang ditahan itu mempunyai lima rekod lampau jenayah dan satu rekod berkaitan dadah, manakala ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis methaphetamine dan benzodiazepine," katanya.
Mohamad Farouk berkata suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan rompakan berkumpulan dan menyamar penjawat awam di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata kini masih giat mengesan dua lagi rakan suspek yang turut sama terlibat dalam kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Seorang mekanik motosikal ditahan polis awal pagi hari ini, disyaki terlibat kes menyamar sebagai anggota polis dan menyamun berkumpulan. - Gambar hiasan
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mekanik ditahan terlibat kes menyamar polis dan samun berkumpulan
Seorang mekanik motosikal ditahan polis awal pagi hari ini, disyaki terlibat kes menyamar sebagai anggota polis dan menyamun berkumpulan.