awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit cerminan keyakinan pelabur, keupayaan modal insan negara
Cuaca panas, kering di utara negara bukan fenomena luar biasa
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut dihempap kereta sedang diselenggara

Bernama
Bernama
21/07/2025
11:38 MYT
Mekanik maut dihempap kereta sedang diselenggara
Mangsa tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux dan dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang lelaki maut dihempap kereta semasa melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri hari ini.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki dikenali sebagai Jacky Huang Nai Kuei maut selepas dihempap kereta semasa melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri; mangsa tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux dan dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas.
  • Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Balai Polis Miri dan turut menasihatkan agar gambar kejadian tidak disebarkan di media sosial.
  • Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 11.03 pagi dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.03 pagi.
"Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang lelaki dikenali Jacky Huang Nai Kuei tersepit di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux di dalam bengkel itu.
"Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menimpa lelaki berusia 22 tahun itu menghubungi Balai Polis Miri menerusi talian 085-427093 atau Insp Nixon Malang 016-8865949.
"Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan atau memuat naik gambar kejadian menerusi media sosial," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Miri
#kereta hempap mekanik
#mekanik maut
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan