[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
MALAYSIA

Mekanik maut, motosikal dirempuh babi hutan

Adie Sufian Zulkefli 16/12/2021 | 08:50 MYT
Akibat rempuhan itu mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. - Foto PDRM
BALING: Malang tidak diduga buat seorang mekanik apabila maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh seekor babi hutan di Kampung Charok Juan, Rambong, malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam jam 11 malam.
Beliau berkata, ketika itu mangsa Rosli Che Hassan, 59, sedang perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Sebaik sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba seekor babi hutan keluar dari semak dari sebelah kanan jalan lalu merempuh motosikal mangsa.
"Akibat rempuhan itu mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Kulim untuk ujian COVID-19 sebelum bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#motosikal dirempuh babi hutan #mekanik maut #Baling #bedah siasat