KOTA BHARU: Seorang mekanik maut selepas tercampak sejauh kira-kira 20 meter apabila motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat Padang Layang di Jalan Salor-Pasir Mas di sini pada Khamis.
Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Tendong menghala ke Kedai Mulong.
"Setiba di lokasi kejadian, mangsa berhenti di lampu isyarat yang sedang berwarna merah. Apabila lampu bertukar hijau mangsa meneruskan perjalanan menuju ke hadapan.
"Secara tiba-tiba datang sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas lalu melepasi lampu isyarat berwarna merah dan kemudian melanggar motosikal tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Menurutnya, kesan pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa telah tercampak dari motosikalnya sejauh 20 meter ke bahu kiri jalan menghala ke Pasir Mas.
Katanya, bagaimanapun pemandu dan tiga penumpang trak pikap itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mohd Rosdi berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 18 2022

Motosikal ditunggang mangsa remuk selepas terlibat nahas. -Foto Sinar Harian

Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 50,000 penduduk Gaza ke Sinai
Mesir menafikan dakwaan negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke utara Sinai.

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini
Lapangan terbang Heathrow kembali operasi selepas kebakaran
Lapangan Terbang Heathrow sambung semula operasi pada Jumaat.
Hamas kaji gencatan senjata dicadang A.S
Hamas sedang kaji cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Tesla tarik balik Cybertruck akibat masalah trim
Tesla mengumumkan penarikan balik sebahagian besar model Cybertruck berikutan masalah trim luaran yang longgar.

Mitsubishi Triton generasi keenam dilancar, harga bermula RM101,980
Hadir dalam lima varian, Mitsubishi Triton serba baharu ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa serta memenuhi keperluan pengguna trak pikap, dari pengembara hingga usahawan berjaya.

Polis Thailand tahan 11 warga Bangladesh dalam trak pikap menuju ke Malaysia
Sebelas warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand pada Sabtu lepas.

Mekanik maut motosikal dirempuh trak pikap
Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Dua bom meletup di Yala, tujuh wartawan antara 25 yang cedera
Bom buatan sendiri yang pertama meletup pada kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan) di luar pejabat SBPAC, dipercayai bertujuan menarik orang ramai keluar.

Trump akan putuskan isu pengenaan tarif ke atas kereta import tidak lama lagi
Trump membuat kenyataan itu kepada pemberita semasa bertemu presiden Turki di Rumah Putih susulan jangkaan bahawa beliau akan mengumumkan keputusan tersebut seawal Rabu.

17 pelajar kolej terbunuh selepas trak pikap terbalik di Thailand
Seramai 17 pelajar kolej terbunuh dan seorang pemandu mengalami kecederaan serius selepas sebuah trak pikap yang membawa muatan berlebihan terbabas.

Lori muatan pasir rempuh 13 kenderaan, seorang maut digilis
Mangsa yang ditercampak keluar selepas kenderaannya dirempuh lori tersebut yang turut merempuh 12 buah lagi kenderaan pelbagai jenis.

Ford Ranger baharu memenuhi keperluan gaya hidup
Sime Darby Auto Connexion melancarkan rangkaian model Ford Ranger baharu yang lebih segar dengan gabungan teknologi, ciri keselamatan dan kemudahan yang terbaik dalam kelasnya untuk pasaran tempatan.

Serangan New York: Komuniti global perlu kekal bersatu - GMMF
Serangan keganasan yang berlaku di bandar raya New York menekankan keperluan masyarakat global untuk kekal bersatu dan teguh dalam berhadapan keganasan.