awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme ketelusan harga ubatan: CAKE minta harga ubat turut dikawal

Bernama
Bernama
02/05/2025
13:15 MYT
Mekanisme ketelusan harga ubatan: CAKE minta harga ubat turut dikawal
Mohamad Yusrizal berkata kerajaan perlu mengawal harga ubat dan kos rawatan, bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan turut mampu membeli ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan pada harga yang munasabah dan berpatutan. - Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Pelaksanaan Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU) sangat disambut baik pengguna, namun ia bukanlah noktah kepada usaha memastikan pesakit menerima rawatan dan ubat pada harga yang munasabah, kata Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff.
Beliau berkata dengan pengenalan mekanisme itu, kerajaan hanya mewajibkan setiap klinik kesihatan, hospital dan farmasi memaparkan harga sahaja, namun harga ubat itu masih tidak terkawal.
Mohamad Yusrizal berkata kerajaan perlu mengawal harga ubat dan kos rawatan, bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan turut mampu membeli ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan pada harga yang munasabah dan berpatutan.
"Kos rawatan kini mahal dan ramai pengguna dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu menerima rawatan dan mengambil ubat, sehingga menyebabkan penyakit mereka menjadi serius serta boleh mendatangkan maut.
"... yang penting bagi pengguna ialah kawalan harga yang tidak terlalu melampau terhadap harga ubat dan kos rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Yusrizal berkata ubat-ubatan satu keperluan bagi pengguna dan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harganya.
"Pengguna golongan berpendapatan rendah tidak mampu beli ubat... ada yang terpaksa berhutang untuk mendapatkan ubat. Jadi, kita berharap kawalan harga yang tidak terlalu melampau terhadap harga ubat dan kos rawatan dapat dipertimbangkan," katanya.
Beliau berkata CAKE juga berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan untuk membantu menyelesaikan isu itu, antaranya kerajaan perlu mengawal harga ubat yang dijual di hospital swasta, klinik swasta dan farmasi.
"Kerajaan juga perlu mengawal kos rawatan dan konsultasi rawatan supaya pihak swasta tidak mengenakan caj melampau. Hospital kerajaan juga perlu memberi semua jenis ubat secara percuma kepada pengguna golongan miskin dan berpendapatan rendah bagi mengurangkan bebanan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cake
#MKHU
#kos rawatan
#golongan miskin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan