Kementerian Kesihatan dicadang mewujudkan mekanisme khas bagi memastikan warga asing yang mendapatkan rawatan membayar bil perubatan yang dikenakan.
Ia disuarakan Senator Siti Aishah Shaik Ismail ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Negara pada Selasa.
Katanya, kementerian tidak harus berkompromi dengan warga asing yang culas membayar kos perubatan susulan laporan yang menyatakan tunggakan bil rawatan warga asing yang mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mencecah RM50.5 juta dari 2012 hingga tahun lalu.
"Kalau nilai RM20,000 ke RM30,000 sahaja saya masih boleh terima tetapi kos ini telah mencecah RM50 juta.
"Kalau (ia melibatkan) rakyat Malaysia sampai dikejar jika tidak membayar kos perubatan dan tiada kompromi, namun jika ia melibatkan warga asing boleh pula terlepas," katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dilaporkan berkata Ahad lepas bahawa usaha sedang dibuat untuk menjejak warga asing yang belum menjelaskan tunggakan itu.
Media sebelum itu melaporkan warga asing dari 38 negara 'berhutang' dengan Hospital Kuala Lumpur sebanyak RM7.87 juta dalam bentuk bil perubatan sejak beberapa tahun.
Pada tahun lepas sahaja, hospital awam terbesar dalam negara itu mencatatkan RM3 juta tunggakan bil susulan kegagalan golongan itu melunaskannya.
Persidangan Dewan Negara bersambung pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2017
Warga asing dari 38 negara dilaporkan 'berhutang' dengan Hospital Kuala Lumpur (gambar) sebanyak RM7.87 juta dalam bentuk bil perubatan sejak beberapa tahun. Gambar hiasan
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Syarikat insurans perluas bantuan tunai bagi komplikasi pemvaksinan COVID-19
Perlindungan termasuk kos dimasukkan ke hospital yang diperlukan dan munasabah dari segi perubatan, susulan kesan sampingan pemvaksinan COVID-19.
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
COVID-19: Singapura tukar polisi pembayaran fasiliti SHN dan rawatan
Mereka yang pulang ke negara itu juga perlu bertanggungjawab ke atas bil perubatan mereka, jika mempunyai gejala dalam tempoh 14 hari selepas tiba di Singapura.
Kementerian Kewangan jangka 2 juta pelancong penjagaan kesihatan menjelang 2020
Sebelum ini Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas bil perubatan tetapi kini dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (SST) 2.0.
Mekanisme khas perlu bagi pastikan warga asing bayar bil perubatan
Ia disuarakan Senator Siti Aishah Shaik Ismail ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Negara hari ini.