Kerajaan akan melaksanakan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat dalam tempoh terdekat.
Ini bagi mengukuhkan pengurusan pekerja asing di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, mekanisme itu akan mengambil kira aspek integrasi data, kesediaan pihak kerajaan serta syarikat.
"Bagaimanapun, bagi sektor perkilangan, nisbah kebergantungan pekerja asing bagi Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat yang dibenarkan hanya 75 peratus, bukan lebih dari itu.
"Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menilai keperluan syarikat sektor perkilangan yang menggajikan pekerja asing melebihi nisbah yang dibenarkan secara case-by-case basis bagi memastikan operasi syarikat tidak terjejas," jelasnya.
Ujarnya, bagi sektor restoran, Jawatankuasa di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersetuju jawatan bagi kategori Tukang Masak dan Pembantu Dapur dibenarkan kepada pekerja asing.
Muhyiddin turut mengingatkan semua majikan agar mengambil tenaga kerja melalui saluran yang betul dan tidak melanggar Akta Kerja 1955 dan Akta Imigresen 1959.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia' bersama M. Kulasegaran mengenai Pengurusan Pekerja Asing Bilangan Kedua di Putrajaya pada Khamis.
Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad; Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar; Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Untuk rekod, sejak 1 Jan hingga 20 Feb lalu, Jabatan Imigresen Malaysia telah menahan seramai 148 majikan dan 7,847 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI).
Fareez Azman
Thu Feb 28 2019
Muhyiddin dan Kulasegaran mempengerusi bersama mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya hari ini. - Astro AWANI/Fareez Azman
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Imigresen kutip RM3.5 bilion setakat 30 Ogos
Hasil tersebut berjaya dicapai sebelum hujung tahun ini susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas.
Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat bagi pengurusan pekerja asing
Kerajaan akan melaksanakan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat dalam tempoh terdekat.
Tindakan 'halalkan' PATI menghantar mesej salah - MTUC
MTUC berkata tindakan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan di negara ini menghantar satu mesej yang salah.
Majikan bertanggungjawab bayar levi pekerja asing mulai esok - TPM Zahid
Majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar levi pekerja asing berkuat kuasa esok (1 Jan 2017) di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC).