awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka benar solat Jumaat, fardu hingga 500 jemaah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/01/2021
07:44 MYT
Melaka benar solat Jumaat, fardu hingga 500 jemaah
Bagi masjid kerajaan di Melaka, maksimum jemaah dibenarkan seramai 500 jemaah sementara masjid kariah dan institusi maksimum 250 orang dan surau adalah sehingga seramai 75 orang. - Gambar hiasan
AYER KEROH:Kerajaan negeri Melaka membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu lima waktu berjalan seperti biasa dengan kehadiran sehingga 500 jemaah bermula esok.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, aktiviti kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di negeri ini.
“Jumlah jemaah untuk aktiviti yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti bangunan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter dan solat di luar bangunan masjid dan surau adalah dilarang.
“Bagi masjid kerajaan, maksimum jemaah dibenarkan seramai 500 jemaah, masjid kariah dan institusi maksimum 250 orang dan surau adalah sehingga seramai 75 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang
Beliau berkata, meskipun kuliah Maghrib dan bacaan Yaasin serta Tahlil pada hari Khamis malam Jumaat diberi kelonggaran, namun kehadiran penceramah dari luar Melaka tidak dibenarkan.
“Kita ambil keputusan aktiviti kuliah dan program selain kuliah Maghrib hendaklah ditangguhkan.
“Jawatankuasa masjid dan surau mesti memastikan jemaah mematuhi prosesur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pendaftaran jemaah, pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” tambahnya.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata, upacara akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut SOP ditetapkan, namun lokasi majlis yang ditetapkan hanyalah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi kariah yang berada dalam zon jingga dan merah.
Sementara akad nikah di masjid kariah pula, kebenaran diberikan kepada mereka yang berada dalam zon kuning dan hijau atau mana-mana lokasi yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#solat fardu lima waktu
#Melaka
#500 jemaah
#Kuliah Maghrib
#bacaan Yassin
#tahlil
#Ketua Menteri
#Sulaiman Md Ali
#penceramah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan