awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/07/2021
09:50 MYT
Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid
Melaka membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 100 orang di 188 masjid kariah dan institusi seluruh negeri, mulai esok. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Melaka membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 100 orang di 188 masjid kariah dan institusi seluruh negeri, mulai esok.
Tujuh Masjid itu ialah Masjid Al-Azim, Masjid Al-Alami, Masjid Selat Melaka, Masjid Cina Melaka dan Masjid Sayyidina Ali di daerah Melaka Tengah, Masjid Ar-Rasyidin di Alor Gajah dan Masjid Al Ghaffar di daerah Jasin.
COVID-19 | Hospital Melaka kritikal, bina Hospital Medan ATM
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat berkata, manakala surau yang mendapat taraf melakukan solat Jumaat dikekalkan maksimum 50 orang terdiri daripada pegawai surau dan jemaah dengan kaedah yang ditentukan oleh jawatankuasa.
“Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 Melaka yang bersidang hari ini bersetuju mengeluarkan ketetapan baru dengan meningkatkan had jemaah yang dibenarkan menghadiri solat Jumaat.
“Jumlah maksimum yang ditetapkan adalah tidak termasuk pemantau daripada agensi penguatkuasaan dan Jabatan Agama Islam Melaka yang mana pelaksanaannya dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, jemaah solat fardu dan solat jenazah kekal 12 orang seperti yang ditetapkan sejak sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.
Manakala aktiviti lain iaitu majlis bacaan surah Yassin dan tahlil, ceramah agama, akad nikah, kursus, bengkel, jamuan dan gotong-royong di masjid dan surau masih ditangguhkan.
“Ketetapan ini berkuat kuasa mulai esok sehingga ada ketetapan lain yang akan dimaklumkan kemudian, bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negeri ini.
“Jawatankuasa masjid dan surau serta jemaah yang dibenarkan hadir hendaklah mematuhi SOP sebagaimana yang telah digariskan dan JAIM berhak menarik semula kebenaran sekiranya didapati tidak mematuhi garis panduan ditetapkan,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Melaka
#PKP
#sekatan pergerakan penuh
#masjid
#Solat Jumaat
#COVID-19
#JAIM
#Jabatan Agama Islam Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan