awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka galak pemain industri tekan prinsip ESG

Bernama
Bernama
20/06/2024
21:30 MYT
Melaka galak pemain industri tekan prinsip ESG
Khaidhirah melihat produk kitar semula yang dihasilkan selepas merasmikan Seminar Sustainability Workshop Transforming Your Company into An ESG - Ready Supplier pada Khamis. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kerajaan Melaka menggalakkan semua pemain industri termasuk perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini menekankan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pengoperasian mereka selaras dengan matlamat ke arah kelestarian alam sekitar negeri yang lebih mampan.
Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET) negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar usaha itu bukan sahaja penting untuk Melaka sebagai negeri yang aktif menarik pelabur asing dari dalam dan luar negara, tetapi juga bagi industri pelancongan.
"Prinsip ESG ini telah diamalkan banyak syarikat besar antaranya penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui dan barangan kitar semula yang tidak membahayakan alam sekitar.
"Di Malaysia juga amalan prinsip ESG juga tidak ketinggalan dan kita perlu pastikan usaha ini turut dilaksanakan di Melaka dalam kalangan pemain industri agar perkembangan perniagaan mereka ke peringkat global tidak terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Sustainability Workshop Transforming Your Company into An ESG - Ready Supplier anjuran Invest Melaka dengan kerjasama YF Packaging Sdn Bhd di sini pada Khamis.
Khaidhirah berkata di peringkat negeri, pelbagai usaha penting yang dilaksanakan ke arah inisiatif prinsip ESG termasuk pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon dioksida.
Beliau berkata kerajaan negeri juga sering melaksanakan pelbagai program dan kempen secara berterusan ke arah prinsip ESG dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) khususnya melibatkan amalan kitar semula seperti 'Trash to Cash'.
"Selain aktif dan progresif dalam sektor industri, tumpuan utama kita ialah sektor pelancongan dan amalan prinsip ESG membantu Melaka mengekalkan sebagai negeri pelancongan yang bersih dan sihat," katanya.
Terdahulu, Khaidhirah berkata seminar dua hari bermula Khamis bertujuan memberi pendedahan berkaitan Panduan Penzahiran ESG Ringkas (SEDG) dan disertai 33 syarikat tempatan dan antarabangsa di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#SEDG
#amalan kitar semula
#syarikat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan