awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan

Bernama
Bernama
06/01/2024
08:59 MYT
Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan
Ab Rauf berkata, ia selaras dengan usaha merancakkan promosi TMM2024 dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Melaka mengalu-alukan penglibatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) dalam perkongsian ilmu khususnya bidang kesenian dan kebudayaan bagi meningkatkan imej sebagai negeri pelancongan unggul.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia selaras dengan usaha merancakkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.
"Kerajaan negeri membuka peluang kepada UiTM untuk memberi cadangan berkaitan usaha-usaha tersebut di samping dapat membina jati diri Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dan sejarah.
"Ia termasuk idea menghias bangunan di bandar tumpuan pelancong dengan lakaran mural berwarna warni menelusuri zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka hingga kini, yang tidak mengetepikan nilai budaya masyarakat," katanya kepada pemberita selepas perasmian MCLIVE 7.0 UiTM di Kampus Lendu, Alor Gajah di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Ros.
Ab Rauf berkata UiTM melalui Akademi Pengajian Bahasa boleh turut serta dalam mengeluarkan pantun baharu yang menerapkan seni budaya untuk diwarisi generasi akan datang dalam penglibatan program Satu Kampung Satu Pantun.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menggalakkan penyertaan pelajar UiTM dan IPT di negeri ini dalam penganjuran program bertaraf antarabangsa seperti Hari Pelancongan Dunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) yang berlangsung di Melaka tahun depan.
Sementara itu, Ab Rauf berkata program yang dianjurkan UiTM itu merupakan pendedahan terbaik kepada mahasiswa bidang kewartawanan dalam meningkatkan kefahaman seiring dengan perkembangan pada masa kini yang menyaksikan maklumat hanya di hujung jari bagi menyampaikan maklumat semasa dan berita sahih.
MCLIVE 7.0 UiTM merupakan program kerjasama pelajar tahun akhir Kursus Penerbitan dan Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka dan UiTM Shah Alam yang turut mengadakan Siri Kembara Akademik Penerbitan (SIKAP), Wahana Komunikasi dan Penerbitan serta Media Hunt NewsCamp.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#UiTM
#IPT
#tahun melawat melaka
#pelancongan
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan