awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi kerajaan AS terhenti buat sementara waktu
'Sampai bila nak macam ini?' - Penduduk Matang Jaya gesa tindakan segera isu pencemaran debu
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka imbangi pembangunan pesisiran dengan pemeliharaan warisan maritim

Bernama
Bernama
10/12/2025
03:40 MYT
Melaka imbangi pembangunan pesisiran dengan pemeliharaan warisan maritim
Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan mengiktiraf kawasan penemuan struktur kapal purba di Pulau Melaka baru-baru ini sebagai produk pelancongan baharu dalam aspek warisan dan arkeologi maritim. --fotoBERNAMA
MELAKA: Kerajaan Melaka akan mengimbangi pembangunan pesisiran dengan pemeliharaan warisan maritimnya susulan penemuan struktur kapal purba di Pulau Melaka baru-baru ini.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata penemuan kapal purba dan artifak itu berada dalam zon pembangunan komersial Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) dan tanah persendirian milik sebuah syarikat.
"Justeru perbincangan bersama pemilik tanah akan diadakan berhubung perancangan seterusnya seperti mendapatkan perlindungan di kawasan penemuan untuk tujuan penyelidikan arkeologi, dokumentasi awal termasuk pemetaan tapak dan pengumpulan data artifak.
"Selain itu, penangguhan sementara aktiviti pembangunan sehingga penilaian lengkap dan pendapat daripada pelbagai pihak termasuk pakar akan diperolehi," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) yang ingin tahu sama ada penemuan kapal purba dan artifak berkenaan terletak dalam projek SM-WEZ dan tindakan diambil kerajaan negeri bagi melindungi kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata kerajaan negeri juga akan mengiktiraf kawasan penemuan struktur kapal purba berkenaan sebagai produk pelancongan baharu dalam aspek warisan dan arkeologi maritim serta menyokongnya sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan arkeologi maritim berkaitan warisan Melaka.
Beliau berkata kerajaan negeri juga mencadangkan penubuhan Muzium Sejarah Maritim Melaka dan menjadikan kawasan penemuan sebagai tapak kajian lapangan ekskavasi maritim in situ sebagai menyokong fungsi penubuhan Muzium Sejarah Maritim Melaka.
Pada Oktober lepas, sekeping papan kayu dipercayai serpihan daripada badan sebuah kapal ditemukan di Pulau Melaka hasil ekskavasi Jabatan Warisan Negara (JWM) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penemuan itu dipercayai sebuah kapal milik golongan bangsawan berusia antara 1,200 hingga 1,300 tahun, jauh lebih awal daripada sejarah rasmi Melaka yang bermula sekitar 1262 atau abad ke-13.
Kerja-kerja ekskavasi itu turut menemukan serpihan porselin dan duit syiling dipercayai digunakan pada era Sultan Mahmud Shah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#kapal purba
#warisan maritim
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami