awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka komited memajukan visi data nasional melalui inovasi digital

Bernama
Bernama
05/11/2025
02:30 MYT
Melaka komited memajukan visi data nasional melalui inovasi digital
Ab Rauf (empat, kiri) hadir pada Majlis Makan Malam Rangkaian Minggu Statistik ASEAN-Malaysia 2025, sempena Sesi ACSS15, di Melaka, malam tadi. - Foto Facebook Ab Rauf
MELAKA: Melaka terus merealisasikan visi nasional Malaysia sebagai ekonomi berasaskan data melalui pelbagai inisiatif digital strategik yang direka untuk memperkukuh pembuatan dasar, memacu inovasi, dan memastikan pembangunan memberi manfaat sebenar kepada rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata di bawah visi ini, data di Melaka bukan sekadar dikumpul, tetapi diolah menjadi maklumat berguna yang membantu kerajaan negeri merangka dasar lebih bijak untuk pertumbuhan lestari.
"Berpandukan visi ini, kerajaan Melaka telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik untuk memperkukuh ekosistem digital negeri. Antaranya termasuk Pelan Pembangunan Big Data Melaka 2035, Rangka Kerja Smart Melaka 2035, dan Pusat Pemerintahan Digital Melaka (MD2C).
"Inisiatif ini mencerminkan komitmen kukuh Melaka dalam memanfaatkan data untuk pembangunan lestari, menyelaraskan inovasi tempatan dengan keutamaan nasional serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs)," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Rangkaian Minggu Statistik ASEAN-Malaysia 2025, sempena Sesi Ke-15 Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS15), di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Ab Rauf turut menekankan projek Kampung Digital, yang menjadikan Melaka negeri pertama di Malaysia memberikan alamat kod respons pantas (QR) rasmi kepada 618 kampung tradisional seluruh negeri.
"Inisiatif ini membolehkan kami mengumpul dan menyusun data tepat di peringkat kampung, sekali gus menyediakan maklumat penting untuk perancangan, tindak balas kecemasan, dan penyampaian perkhidmatan awam.
"Melaka kekal komited menjadi sebahagian daripada perjalanan kolektif ASEAN ke arah masa depan berasaskan data dan lebih berdaya tahan. Kami bersedia berkongsi pengalaman dan inovasi demi manfaat rantau ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#ekosistem digital
#Melaka
#data pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan