awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka komited pastikan kemudahan pendidikan di DUN Rembia terus diperkasa - Ab Rauf

Bernama
Bernama
16/08/2025
22:10 MYT
Melaka komited pastikan kemudahan pendidikan di DUN Rembia terus diperkasa - Ab Rauf
Ab Rauf ketika menyertai konvoi bermotosikal pada sesi Sembang Ngopi Wakil Rakyat. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka komited memastikan kemudahan pendidikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia terus diperkasa menerusi pembinaan beberapa bangunan berkaitan institusi berkenaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembinaan itu antaranya membabitkan bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah bernilai RM15.9 juta dan Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin berjumlah RM15.8 juta.
"Menyedari kepadatan pelajar di kawasan ini, kerajaan negeri juga telah mengusulkan pembinaan sebuah sekolah menengah kebangsaan baharu ke peringkat kerajaan Persekutuan.
"Insya-Allah, kita akan berusaha memastikan ia tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia serta Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat Melaka di Dataran Keris di sini malam tadi.
Hadir sama Penyelaras DUN Rembia merangkap Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.
Ab Rauf berkata pada masa sama, kerajaan negeri turut bersetuju untuk membina Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Kampung Rembia dan Tadika Kampung Sungai Petai sebagai projek pembangunan berimpak tinggi bagi tahun hadapan.
Beliau berkata JAIM juga memperuntukkan lebih RM90,000 bagi kerja naik taraf dua SRA JAIM di DUN Rembia dan Sekolah Menengah Arab Al-Faizin di Jelatang.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan RM8.6 juta melalui Jabatan Kesihatan Melaka bagi menaik taraf Dewan Bedah Kedua di Hospital Alor Gajah, yang dijangka siap pada April 2026.
"Selain itu, struktur bumbung Klinik Ibu dan Anak di Klinik Kesihatan Alor Gajah juga telah diluluskan untuk pembaikan dengan kos RM1.4 juta manakala RM435,000 bagi kerja-kerja membaiki kerosakan akibat kulat di Klinik Kesihatan Rembia," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#kemudahan pendidikan
#DUN Rembia
#RMK13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan