MELAKA: Melaka menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memenangi anugerah khas, Jean Paul L'allier Prize For Heritage anjuran Pertubuhan Bandar Warisan Dunia (OWHC) yang berpangkalan di Quebec, Kanada dalam satu majlis penyampaian hadiah secara dalam talian di sini malam tadi.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata anugerah yang diberikan setiap dua tahun sekali itu dimenangi menerusi projek yang dilaksanakan iaitu Penambahbaikan dan Pemuliharaan Persekitaran di Bandaraya Melaka Bersejarah menerusi beberapa komponen projek bernilai RM10.4 juta yang telah dilaksanakan sejak 2012 dan masih berterusan sehingga kini.
Beliau berkata anugerah berkenaan yang turut dimenangi bersama Bandaraya George Town, Pulau Pinang bertujuan mengiktraf dan menghargai bandar yang telah menunjukkan usaha pemuliharaan harta warisan budaya dan akan menjadi rujukan serta pemangkin kepada masyarakat antarabangsa.
"Penganugerahan daripada OWHC ini membuktikan Melaka masih lagi kekal dalam senarai teratas dalam aspek bandaraya warisan dan faktor utama yang menyumbang kepada penganugerahan ini ialah pelaksanaan kerja-kerja memperindah dan menyediakan fasiliti dan infrastruktur di zon utama tapak warisan dunia antaranya aspek pencahayaan, mural, landskap dan perparitan.
"Komponen projek ini antaranya melibatkan penyediaan lebih banyak ruang terbuka untuk orang ramai dan laluan pejalan kaki sebagai perkongsian ruang dengan pengguna jalan selain menghubungkan lorong belakang sebagai laluan alternatif pejalan kaki," katanya kepada pemberita selepas pengumuman anugerah itu di Pejabat Datuk Bandar MBMB di sini lewat malam tadi.
Zainal berkata projek berkenaan dijalankan antaranya di Jalan Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Lorong Hang Jebat, Jalan Kampung Pantai, Jalan Kampung Huli, Jalan Kuli, Jalan Tukang Emas dan Jalan Tokong.
Projek itu juga jelasnya menjadi model bagi MBMB menyediakan perancangan terperinci untuk kawasan tapak warisan dunia, menyusun rancangan peningkatan dan secara tidak langsung menjalinkan hubungan dua hala antara kerajaan negeri, majlis bandaraya, agensi negeri serta masyarakat setempat untuk bekerjasama dalam meningkatkan imej bandar warisan tanpa menjejaskan tempat berkenaan.
Untuk rekod anugerah khas 'Jean Paul L'allier Prize For Heritage' disertai 11 bandar dunia iaitu Cidade Velha (Cape Verde), Cuenca (Ecuador), George Town (Malaysia), Hue (Vietnam), Krakow (Poland), Kutna Hora (Republik Czech), Luxembourg (Luxembourg), Melaka (Malaysia), Mexico City (Mexico), Queretaro (Mexico) dan Safranbolu (Turki).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu (dua, kiri) memegang plakad 'Melaka City'. - Foto BERNAMA
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Orang awam di Melaka dilarang makan dwicangkerang - DOF
Hasil analisis terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu menunjukkan kehadiran alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya.
Setahun mentadbir Melaka: 60 inisiatif sentuhan rakyat berjaya dilaksanakan
Barisan ADUN, Exco dan timbalan Exco yang dipilihnya setahun lalu dianggap pemangkin kepada kejayaannya dalam memimpin dan membangunkan Melaka.
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Katanya bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2024 negeri tahun lepas.