awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka salur RM43,200 kepada pengayuh beca

Bernama
Bernama
05/12/2020
13:27 MYT
Melaka salur RM43,200 kepada pengayuh beca
Sekatan terhadap kemasukan pelancong asing telah menjejaskan sumber pendapatan sektor pelancongan. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA:Kerajaan Negeri Melaka menyalurkan insentif berjumlah RM43,200 kepada 216 pengayuh beca yang aktif di negeri ini bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata insentif sekali beri sebanyak RM200 seorang melibatkan mereka yang mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Beliau berkata insentif itu adalah susulan pemberian sekali beri sebanyak RM600 yang disalurkan kerajaan pusat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada 1 April lepas.
"Pengayuh beca adalah antara golongan yang terkesan khususnya membabitkan aspek pendapatan mereka ekoran penularan COVID-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lepas dan 53 peratus daripada pengayuh beca di Melaka bergantung sepenuhnya pada pendapatan berkenaan.
Sekatan terhadap kemasukan pelancong asing telah menjejaskan sumber pendapatan sektor pelancongan ditambah pula dengan kawalan pergerakan domestik telah memberikan impak besar pada ekonomi Melaka yang bergantung kepada sektor pelancongan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Sekali Beri dan Kit Makanan Kepada Pengayuh Beca di Auditorium Perbadanan Muzium Melaka di sini, hari ini.
Katanya, selain itu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM33,000 untuk caruman SKSPS kepada 216 pengayuh beca bermula 1 Okt lepas, bertujuan untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pengayuh beca ketika memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan negeri Melaka
#pengayuh beca
#insentif
#COVID-19
#Ketua Menteri Melaka
#Sulaiman Md Ali
#perkeso
#SKSPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan