awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor

Bernama
Bernama
28/03/2024
21:45 MYT
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Khaidhirah berkata program AiI, dapat membantu meningkatkan kualiti atau kemahiran tenaga kerja khususnya bagi sektor industri. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET) Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata sektor berkenaan meliputi elektrik dan elektronik, automotif, aeorangkasa, gas dan minyak, teknologi boleh diperbaharui, pembuatan halal, bioteknologi, mesin dan peralatan, famaseutikal dan maritim.
"Sasaran ini merupakan satu cabaran ke arah memastikan Melaka kekal relevan sebagai destinasi pelaburan terunggul di negara ini.
"Bagi memenuhi sasaran itu, antara inisiatif yang dapat membantu pertumbuhan dan produktiviti sektor industri di negeri ini ialah program Akademi dalam Industri (AiI)," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Sesi Libat Urus AiI Bersama Industri di Melaka anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini pada Khamis, yang turut dihadiri Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail.
Khaidhirah berkata program AiI, dapat membantu meningkatkan kualiti atau kemahiran tenaga kerja khususnya bagi sektor industri, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing serta memberi peluang kepada anak Melaka untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan pihak industri.
Beliau berkata justeru itu, lebih banyak industri di Melaka diharap dapat menyertai program AiI, kerana ia membuktikan komitmen serius kerajaan negeri dalam usaha menarik lebih banyak pelabur asing ke negeri itu.
"Setakat ini lima industri telah bekerjasama dengan MPC, antaranya Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dan Farm's Best Food Industries Sdn Bhd," katanya.
Khaidhirah berkata separuh daripada 30 industri yang menyertai sesi libat urus pada hari ini diharap dapat menyertai program Ail berkenaan.
Beliau berkata sesi libat urus berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Invest Melaka Berhad dan Perbadanan Melaka (MCorp), bertujuan memberi maklumat jelas berkaitan program AiI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#tenaga kerja asing
#pihak industri
#destinasi pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan