MALAYSIA
Melaka sedia hadapi sebarang kemungkinan susulan fenomena air pasang besar
Ab Rauf berkata semua agensi berkaitan telah dikerahkan untuk bersiap-siaga bagi menghadapi fenomena berkenaan. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kerajaan Melaka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan jangkaan fenomena air pasang besar di pesisir pantai negeri itu bermula hari ini hingga 9 Dis depan.
Ringkasan AI
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata semua agensi berkaitan telah dikerahkan untuk bersiap-siaga bagi menghadapi fenomena berkenaan.
"Kepada semua (penduduk di pesisir pantai), saya harap dapat bersabar (jika ditimpa musibah) kerana perubahan cuaca dan alam ini adalah di luar jangkaan kita," katanya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka bertemakan Peguam Syarie: Penggerak Keadilan Syariah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka Azzeman Omar.
Pada majlis berkenaan, 55 peguam syarie dan lapan penerima tauliah khas menerima tauliah hari ini.
Antara kawasan berisiko tinggi mengalami fenomena air pasang besar di Melaka adalah Kampung Tanjung Bidara, Kampung Padang Kemunting, Kampung Telok Gong, Kampung Tanjung Dahan, Kampung Pengkalan Balak dan Kampung Kuala Linggi.
Kawasan lain membabitkan Kampung Pengkalan Rama, Pantai Puteri, Kampung Sebatu, Kampung Pantai Siring, Kampung Padang Temu Pantai, Pantao Kundur, Kampung Pulai, Banda Kaba, Kampung Lereh dan Alai Perdana selain Kampung Permatang, Kampung Umbai dan Parit China Pasir.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Melaka bersedia hadapi kemungkinan susulan fenomena air pasang besar di pesisir pantai negeri mulai hari ini hingga 9 Disember.
- Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, memastikan agensi berkaitan bersiap-siaga untuk menghadapi fenomena tersebut.
- Kawasan berisiko tinggi termasuk Kampung Tanjung Bidara, Kampung Padang Kemunting, dan kawasan lain di Melaka turut dipantau dengan rapi.