Melaka siap sedia pengurusan bencana sepanjang tempoh MTL - Exco

Rais (tengah) menyerahkan replika sumbangan Bantuan Pemerkasaan E-Mikro bernilai RM300,000 daripada kerajaan negeri kepada Suruhanjaya Koperasi Melaka. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kerajaan Melaka bersiap siaga daripada pelbagai aspek termasuk penyelarasan antara agensi bagi menghadapi kemungkinan banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula minggu lepas.
Ringkasan AI
- Kerajaan Melaka bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula minggu lepas dengan penyelarasan antara agensi dilakukan.
- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dipimpin oleh Setiausaha Kerajaan Negeri mengadakan mesyuarat berkala bagi mengawasi situasi semasa.
- Pusat pemindahan sementara diselaraskan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk jika risiko banjir dikesan disebabkan oleh lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan.
Rais berkata pemantauan di lokasi berisiko juga telah dilaksanakan oleh agensi berkaitan dari semasa ke semasa dan amaran awal akan dikeluarkan sekiranya risiko bencana dikesan bagi memudahkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.
Beliau berkata pusat pemindahan sementara juga telah diselaras dari semua aspek terutama kebajikan bagi memberi keselesaan serta menjamin keselamatan penghuni.
Sebelum ini, MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan MTL 2025/2026 yang bermula pada 14 Nov lepas dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

