MELAKA TENGAH: Melaka menyokong cadangan sesi persekolahan dianjakkan kepada jam 8 pagi berbanding 7.30 pagi ketika ini.
Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia mengambil kira kesesakan yang meruncing pada waktu puncak di sebelah pagi selain mengurangkan beban ibu bapa.
“Saya sedikit cenderung kepada menyokong perkara ini kerana contohnya banyak kawasan terlibat dengan kesesakan lalu lintas yang begitu teruk dan menyebabkan ibu bapa terperangkap dalam kesesakan mengakibatkan anak mereka lewat untuk hadir ke sekolah.
“(Namun) pada saya kajian yang sangat mendalam perlu dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku pemegang taruh bagi memastikan keputusan bukan bersifat ‘flip-flop’,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan kepada hampir 20 anak petugas media di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC), Klebang di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut katanya, bagaimanapun perlu ada kajian terperinci berhubung pelaksanaan terbabit oleh pihak KPM selain belum ada sebarang perbincangan lebih serius dan terperinci di lakukan di peringkat Jabatan Pendidikan negeri.
Namun tambah beliau, pihaknya sentiasa bersikap terbuka dalam sebarang keputusan KPM sama ada mahu melaksanakan cadangan itu atau meneruskan sesi persekolahan sedia ada.
“Dengan perubahan cara kehidupan masyarakat masa kini jelasnya, terutama kesibukan ibu bapa dalam urusan harian, cadangan itu wajar dilihat dari sudut lebih positif,” tambahnya.
Cadangan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi itu sebelum ini disuarakan Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad hujung bulan lalu, selepas mengambil kira faktor keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat.
Kerajaan jelasnya, harus menitikberatkan rasa belas kasihan dan empati kepada guru, ibu bapa dan murid di kawasan bandar kerana ada yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi untuk ke sekolah.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Feb 11 2023

Datuk Rais Yasin berkata, ketika ditemui di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC), Klebang. - Astro AWANI

47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.

DUN Pahang lulus usul bantah kekejaman, kezaliman Israel terhadap Palestin
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
Pahang sekali lagi kutip hasil lebih RM1 bilion
Kerajaan negeri Pahang sekali lagi berjaya mencapai sasaran satu bilion ringgit kutipan hasil negeri bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.
Bank Malaysia akan hasilakan prestasi operasi berdaya tahan pada 2024
Institusi perbankan Malaysia akan mengatasi ketidaktentuan luaran untuk menghasilkan prestasi operasi yang berdaya tahan pada 2024.
87,282 perniagaan dari seluruh negara didaftar menerusi SPPP
Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
COP28: Naikkan harga karbon untuk dekarbonisasi - IMF
Pengarah Urusan IMF mencadangkan harga karbon untuk dinaikkan bagi menggalakan insentif usaha mengurangkan kesan pelepasan gas rumah kaca.
KWAP rancang ambil alih dua aset Centurion Corporation Limited
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Pantau Agenda Reformasi: Setahun berlalu: Isu alam sekitar, perubahan iklim diberi tumpuan sewajarnya?
Setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, adakah isu seperti alam sekitar dan perubahan iklim menjadi tumpuan utama dalam dasar dan polisi kerajaan, mahupun perbahasan di Dewan Rakyat?

Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.

Belanjawan 2024: Insentif penjawat awam, pesara bukti kerajaan cakna
Pemberian sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 membantu meringankan perbelanjaan.

Hong Kong tingkat amaran taufan, tutup sekolah, batal penerbangan
Balai Cerap Hong Kong mengeluarkan amaran taufan T8 yang dinaik taraf pada Ahad ketika Taufan Koinu semakin menghampiri wilayah itu.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu sesi 2024/2025 mulai 2 Mei hingga 30 Jun
Kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

'Tidak boleh ubah sesi sekolah secara drastik'
Katanya, tiada tempoh masa spesifik yang boleh diberikan kepada ibu bapa dalam soal mengembalikan semula takwim kepada Januari.

Doraemon hantar anak masuk darjah satu
Anaknya tidak terkejut dengan tindakannya itu malah teruja kerana dihantar Doraemon ke sekolah.

Pelajar tersepit di besi penutup longkang pada hari pertama sekolah
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Sesi persekolahan kembali bermula Januari perlu masa - KPM
KPM belum bercadang untuk mengembalikan sesi persekolahan bermula Januari seperti sebelum pandemik COVID-19 dalam tempoh terdekat.

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.

Melaka sokong anjak sesi persekolahan
Ia mengambil kira kesesakan yang meruncing pada waktu puncak di sebelah pagi selain mengurangkan beban ibu bapa.