awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri

Bernama
Bernama
01/04/2024
21:30 MYT
Melaka tak berhasrat tambah insentif Aidilfitri kepada penjawat awam negeri
Ab Rauf berucap pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan dan penyampaian sumbangan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Masjid Tanah semalam. - Facebook Ab Rauf
ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka tidak berhasrat menambah insentif kepada penjawat awam di negeri itu bersempena dengan sambutan Aidilfitri.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bantuan khas kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada kakitangan kerajaan di Melaka telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2024 negeri pada tahun lepas.
"Kita melihat dahulu, tetapi saya rasa yang kita umum semasa (pembentangan) Bajet (2024) untuk penjawat awam sudah cukup untuk menampung keperluan hari raya ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kepimpinan dan penyampaian sumbangan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Masjid Tanah di sini pada Isnin.
Pada pembentangan Bajet 2024 Negeri Melaka pada November tahun lepas, Ab Rauf berkata bantuan khas melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM10 juta itu disalurkan kepada semua kakitangan awam di negeri ini pada Februari dan Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin dilaporkan berkata kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak yang akan dibayar Jumaat ini.
Turut mendapat bantuan khas itu ialah pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Ab Rauf Yusoh
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan