MELAKA: Kerajaan Melaka akan menambah baik aspek kebenaran merancang (KM) bagi setiap projek pelaburan yang dibawa masuk ke negeri itu, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata usaha itu bertujuan menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur serta berdaya saing pada masa hadapan.
"KM bagi projek pelaburan akan kita (Kerajaan Melaka) pinda... kalau dulu kita beri KM kepada individu tetapi kali ini kita akan beri kebenaran itu secara berkelompok khususnya dalam satu kawasan industri yang telah diwartakan.
"Usaha ini bukan sahaja memudahkan pelabur untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan mereka malah memudahkan pelaburan dan menjimatkan masa," katanya kepada pemberita selepas Program Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan serta Agensi Negeri dan Persekutuan di sini pada Selasa.
Terdahulu, ketika berucap pada perjumpaan berkenaan, Ab Rauf berkata fokus lain dalam usaha menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan pelabur ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyediakan pelan rancangan tempatan bukan sahaja bertumpu pada pembangunan sedia ada malah pembangunan pada masa akan datang.
Beliau berkata pelan rancangan berkenaan perlu memastikan pembangunan mampan dapat dilaksanakan dan sebarang permohonan atau perubahan melibatkan pelan rancangan tempatan hendaklah diproses dalam kadar segera.
Ab Rauf berkata penyediaan kajian impak pembangunan juga perlu dilakukan bagi melihat kesan pembangunan yang dicadangkan terhadap alam sekitar, sosial dan masyarakat setempat agar tiada impak negatif dalam pembangunan berkenaan.
Beliau berkata selain itu, kajian semula peraturan dan undang-undang yang dikenakan terhadap setiap pemain industri perlu dilakukan agar tidak membeban dan menyukarkan pelabur.
"Sebagai contoh, setiap agensi hendaklah membuat pemakluman awal dan efektif sebelum permohonan dibuat khususnya melibatkan keperluan baharu dalam kriteria kelulusan lesen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Ab Rauf berkata usaha itu bertujuan menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur serta berdaya saing pada masa hadapan. - Foto fail/BERNAMA

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Sukan Asia Hangzhou: Nur Suryani, Alia terlepas final 10m air rifle
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
Larian amal RimbaKita, platform promosi kelestarian alam
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia yang bersifat santai itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat usia.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

UNGA: Manila gesa penyelesaian aman berhubung pertikaian di Laut China Selatan
Filipina menggesa "penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa" berhubung pertikaian di Laut China Selatan.

Melaka tambah baik aspek kebenaran merancang projek pelaburan
Kerajaan Melaka akan menambah baik aspek kebenaran merancang (KM) bagi setiap projek pelaburan yang dibawa masuk ke negeri itu, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Melaka bangunkan taman rekreasi sukan ekstrem, kembalikan kegemilangan Tanjung Bidara
Kegemilangan Tanjung Bidara sebagai lokasi peranginan terkenal bakal dikembalikan antaranya menerusi pembangunan taman rekreasi sukan ekstrem.

Melaka giat promosi TMM 2024, usaha tarik pelancong asing
Promosi akan dilaksanakan di Indonesia, Brunei dan Kemboja pada minggu hadapan dengan kerjasama ejen pelancongan di negara terbabit.

Melaka mahu bina litar RC antarabangsa di Tanjung Bidara
Lokasi parkir di Pantai Tanjung Bidara di sini, akan dibangunkan sebagai litar terbesar sukan kereta kawalan radio jarak jauh (RC) bertaraf antarabangsa bermula pertengahan tahun hadapan.

Melaka perkenal tiga produk baharu pertingkat sistem pengangkutan awam
Produk itu ialah 'Bus On Demand' dikenali sebagai Kumpool Kasturi, aplikasi ETA GPS Journey Planner dan bayaran tanpa tunai bas henti-henti.

Penjaja, peniaga Melaka diwajibkan carum Perkeso berkuat kuasa Disember 2023
Semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial, berkuat kuasa Disember tahun ini.

Lapan fokus utama rangka Bajet 2024 Melaka - Ab Rauf
Lapan fokus akan diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2024 negeri Melaka sebagai usaha memastikan rakyat pada semua peringkat masyarakat mendapat manfaat.

Kerajaan negeri tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS Melaka
Kerajaan negeri akan menambah kekerapan feri mendarat di jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.

Hadiah cabutan bertuah empat kereta menanti pengunjung bertuah lawat Melaka
Cabutan bertuah berkenaan akan dilakukan pada setiap tiga bulan sekali sepanjang TMM 2024 dan penyertaan berdasarkan beberapa syarat ditetapkan.

Syarikat swasta urus tempat letak kereta Hospital Melaka tahun depan - Ab Rauf
Penswastaan berkenaan juga akan melibatkan penggunaan beberapa mekanisme seperti perkhidmatan 'valet parking' atau 'jockey' yang akan turut diperkenalkan.