awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka tawar kawasan projek kereta nasional ketiga

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/10/2018
12:31 MYT
Melaka tawar kawasan projek kereta nasional ketiga
Mohd Rafiq berkata, Melaka mempunyai kawasan industri sedia ada yang sesuai untuk dipertimbangkan sebagai destinasi atau lokasi bagi projek kereta nasional yang ketiga nanti. - Gambar hiasan
Kerajaan Negeri Melaka menawarkan kawasan untuk dibangunkan sebagai hab bagi projek pembinaan kereta nasional ketiga.
Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, Melaka mempunyai banyak lokasi perindustrian yang sesuai dijadikan tapak pembangunan projek tersebut.
"Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti kawasan perindustrian yang baharu untuk menampung kapasiti yang semakin berkurang dalam kalangan industri di negeri Melaka ini.
"Kita ada kawasan industri sedia ada yang sesuai untuk dipertimbangkan sebagai destinasi atau lokasi bagi projek kereta nasional yang ketiga nanti," katanya.
Ujarnya, kerajaan pusat boleh mempertimbangkan cadangan kerajaan negeri itu kerana Melaka berada di lokasi strategik dalam bidang perindustrian dan pelaburan.
Mohad Rafiq ditemui selepas istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Melaka sempena sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.
Beliau antara individu dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Penerima lain turut menerima gelaran, iaitu gelaran Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM).
Mereka ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Dalam pada itu, mengulas berkenaan lawatannya ke Jepun yang bermula esok, Mohd Rafiq berkata ia adalah misi pelaburan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menarik lebih banyak pelabur Jepun ke Melaka.
Menerusi lawatan itu, katanya, Melaka dijangka meneroka peluang baharu terutama dalam bidang elektronik dan automotif.
Topic Berkaitan
#kereta nasional ketiga
#Melaka
#Mohd Rafiq Naizamohideen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan