awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar tahfiz cedera dipukul rakan, polis buka kertas siasatan
Sepanyol rancang beri status sah kepada 500,000 migran tanpa dokumen
Presiden Nigeria dalam keadaan baik selepas terjatuh ketika majlis sambutan di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka tegaskan komitmen segerakan pembinaan pelabuhan bagi perkhidmatan ro-ro ke Dumai

Bernama
Bernama
27/01/2026
22:00 MYT
Melaka tegaskan komitmen segerakan pembinaan pelabuhan bagi perkhidmatan ro-ro ke Dumai
Kerajaan Melaka menyambut baik kunjungan itu dan menegaskan komitmen untuk melanjutkan projek kesalinghubungan rentas sempadan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia melalui Selat Melaka.
JAKARTA: Melaka menegaskan semula komitmennya untuk mempercepatkan pembangunan sebuah pelabuhan yang akan menyediakan perkhidmatan feri ro-ro antara negeri itu dengan Dumai di Indonesia, menurut Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru.
KJRI dalam satu kenyataan berkata, komitmen itu disampaikan semasa pertemuan di Melaka antara delegasi konsulat yang diketuai Konsul Jeneral, Sigit S. Widiyanto dan delegasi Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz, pada Isnin.
"Kerajaan Melaka menyambut baik kunjungan itu dan menegaskan komitmen untuk melanjutkan projek kesalinghubungan rentas sempadan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia melalui Selat Melaka," menurut hantaran KJRI itu di media sosial pada Selasa.
Pertemuan itu turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia Melaka), Lembaga Pelabuhan Melaka, Perbadanan Melaka (MCORP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Perkhidmatan Melaka-Dumai itu dicadangkan oleh Sigit pada 27 Ogos 2025, yang mana beliau menyatakan laluan itu antara lain akan melengkapkan program Jiran Istimewa (JIWA).
Program berkenaan menyediakan keistimewaan buat penduduk di Johor dan Kepulauan Riau, serta Melaka dan Riau.
Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 134 penggiat industri pelancongan dari empat wilayah berkenaan telah menyertai JIWA, sebuah inisiatif layanan sempadan khas untuk merancakkan promosi pelancongan merentas sempadan di kawasan selatan Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Dumai
#Indonesia
#feri ro-ro
#pelabuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan