MALAYSIA
Melaka terima 25 kenderaan EV sempena WTD, WTC 2025
Ab Rauf berkata, kenderaan EV itu akan digunakan oleh agensi kerajaan negeri bagi tujuan operasi dan promosi terutamanya dalam menyokong inisiatif hijau dan pembangunan lestari di Melaka. - Gambar Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA: Melaka menjalin kerjasama strategik dengan Honda Malaysia menerusi penggunaan 25 kenderaan elektrik (EV) sempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Hari Persidangan Sedunia (WTC) 2025 serta Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di negeri itu.
Jabatan Ketua Menteri Melaka hari ini memaklumkan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Honda Malaysia dalam menyokong usaha kerajaan negeri mempromosikan mobiliti hijau dan kelestarian alam.
Kenderaan EV itu akan digunakan oleh agensi kerajaan negeri bagi tujuan operasi dan promosi terutamanya dalam menyokong inisiatif hijau dan pembangunan lestari di Melaka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam kenyataan sama berkata kerjasama itu bukan sahaja memperkukuh aspek logistik kerajaan negeri malah mencerminkan komitmen bersama dalam mengurangkan jejak karbon serta mempromosi amalan mampan.
"Kenderaan terlibat akan menjadi aset penting dalam mempamerkan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan yang moden dan peka terhadap alam sekitar, sejajar dengan tema WTD 2025 iaitu 'Pelancongan dan Transformasi Mampan'," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Narushi Yazaki berkata 25 kenderaan EV terlibat diberikan secara pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membantu menjadikan Melaka sebuah bandar hijau dan lestari.
"Menerusi kerjasama ini, Melaka kini berada di landasan tepat untuk menjadi peneraju dalam ekosistem mobiliti lestari di Malaysia, sekali gus menyokong sasaran mencapai karbon neutral menjelang 2050," katanya.
WTD dan WTC 2025 berlangsung di Melaka selama tiga hari bermula 27 Sept ini manakala TMM2026 akan dilancarkan pada 27 Sept ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA