Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka menerima tujuh aduan daripada pengguna berkaitan susu rumusan bayi tiruan dalam tempoh dua minggu ini sehingga semalam.
Menurut Pengarah KPDNKK Melaka, Jaiya Abu, susulan itu, pihaknya telah memeriksa tiga premis di daerah Melaka Tengah yang didakwa menjual susu tiruan itu.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada rampasan dilakukan memandangkan ketiga-tiga premis mendapatkan bekalan susu rumusan bayi berkenaan daripada pengedar dan agen yang sah.
“Di Melaka setakat ini tiada rampasan yang dibuat, tetapi kita terima aduan dan berdasarkan pemeriksaan yang kami lakukan kesemua kedai yang dimaksudkan menerima bekalan yang sah daripada wakil dan pengedar yang sah,” katanya selepas program pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 di bandaraya Melaka.
Beliau turut menasihatkan pengguna untuk berhati-hati ketika membeli susu rumusan bayi dan boleh membuat aduan kepada pihak KPDNKK sekiranya mengesyaki barangan yang dibeli merupakan barang tiruan.
Tambahnya, sepanjang musim perayaan ini, seramai 77 pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNKK akan membuat pemantauan di lokasi tumpuan pengguna termasuk pasaraya, kedai runcit dan pasar basah bagi memastikan peniaga tidak menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
Kata beliau, KPDNKK telah mengenal pasti sebanyak 11 jenis barangan yang dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 bermula hari ini hingga 27 Disember depan.
Jelasnya, mana-mana peniaga yang dikesan gagal mematuhi skim berkenaan, tindakan tegas akan diambil.
Astro Awani
Sat Dec 23 2017
Pengarah KPDNKK Melaka, Jaiya Abu, berkata pihaknya telah memeriksa tiga premis di daerah Melaka Tengah yang didakwa menjual susu tiruan itu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan
Kes dikesan hasil pemeriksaan ke atas 815 premis perniagaan dan melibatkan antaranya Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencatutan Penandaan Harga Barang Terkawal.
Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu depan
Ketika ini pihaknya sedang menyenarai pendek pakar yang akan terlibat dalam majlis tersebut bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan untuk jangka panjang.
Melaka terima tujuh aduan berkenaan susu formula tiruan
KPDNKK Melaka menerima tujuh aduan daripada pengguna berkaitan susu rumusan bayi tiruan dalam tempoh dua minggu ini.
Harga runcit petrol, diesel naik
Harga runcit diesel pula naik lima sen kepada RM2.25 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.
Harga petrol, diesel naik mulai 9 Nov
Harga RON95 naik 7 sen kepada RM2.31 seliter dari RM2.24, manakala RON97 naik 6 sen kepada RM2.60 seliter daripada RM2.54.
Harga nasi campur RM100 di Leban Chondong berpatutan - KPDNKK Pahang
Siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.
UUM anjur Ekspo Keusahawanan Pelajar
Ekspo Keusahawanan Pelajar dan Perusahaan Kecil Sederhana berlangsung di pekarangan Varsity Mall, UUM bermula hari ini meraikan kemahiran berniaga dalam kalangan mahasiswa.
358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna
Sebanyak 358 kes telah dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dari Januari sehingga hari ini.
Pengusaha hotel tidak pamer harga dikenakan tindakan sama dengan peniaga lain
Kesalahan tidak menyatakan harga sebenar bagi pengusaha hotel serta F&B selepas ini adalah sama dengan tindakan peniaga-peniaga lain.
Hamzah akan bertemu pihak Shell mengenai caj lebih tinggi bagi petrol
Beliau berkata pertemuan akan diadakan di kementerian bagi membolehkan Shell mengemukakan surat tunjuk sebab dan membuktikan masalah teknikal yang didakwa punca perkara itu berlaku.