Sebagai proaktif membanteras kegiatan amalan khurafat di Pulau Besar, kerajaan negeri Melaka akan menubuhkan sebuah unit penguatkuasaan secara tetap di pulau tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil melakukan amalan khurafat yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
"Tindakan memang ada sebelum ini, tetapi apabila tidak adanya satu unit penguatkuasaan yang menetap di sana, perkara sama akan terus berulang. Kita perlukan satu unit yang memantau serta boleh mengambil tindakan sewajarnya secara terus.
"Dalam masa terdekat ini juga saya sendiri akan meninjau kawasan Pulau Besar dan mahu melihat tindakan tegas diambil terhadap mereka yang masih meneruskan amalan khurafat di kawasan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada Rabu.
Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyatakan mereka sentiasa bersikap tegas dalam memastikan tindakan pihak-pihak tertentu menjalankan ajaran khurafat di Pulau Besar dapat ditangani. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
IDRIS: Dalam masa terdekat ini juga saya sendiri akan meninjau kawasan Pulau Besar dan mahu melihat tindakan tegas diambil terhadap mereka yang masih meneruskan amalan khurafat di kawasan itu. - Gambar fail
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.