CAMERON HIGHLANDS: 'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu termasuk tiga wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata, di sini, sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun itu dan antaranya mempunyai pertalian darah, ditahan dalam serbuan di sebuah lokasi di Brinchang kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu lepas.
"Kami menerima maklumat berkenaan kes pecah cermin kereta bahagian penumpang belakang kenderaan jenis Toyota Vellfire dan sebuah beg galas berisi wang tunai sebanyak RM260,000 telah dicuri, dan mendapati ia merupakan salah satu daripada tujuh kes tersebut.
"Hasil serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, telah berjaya membawa kepada penangkapan enam suspek dalam tempoh kurang dari satu jam kes itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis merampas beg hitam berisi wang tunai berkenaan, beg mengandungi peralatan pecah cermin serta anak kunci gari, empat paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan sepaket plastik berisi ketulan dimampatkan daun kering disyaki dadah jenis ganja.
Ramli berkata turut dirampas dalam serbuan itu termasuklah pelbagai jenis barangan kemas, 10 buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM3,843.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas yang dikenali sebagai Muhammad Zaidi Zainal yang mempunyai 26 rekod jenayah lampau dan seorang lagi yang dikenali dengan nama panggilan Faiz.
"Mereka yang datang dari Sungai Petani, Kedah turut membawa anak kecil berumur lapan bulan sehingga 19 tahun, menginap di sebuah pusat penginapan terkemuka di sini sejak Khamis lepas," katanya.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 39A (2) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Katanya kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf (tiga, kanan) menunjukkan foto dua suspek yang dikehendaki polis berkaitan kes pecah cermin kenderaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hari ini. - Foto BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Melancong sambil mencuri, enam individu termasuk tiga wanita ditahan
'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata.