Orang Melayu perlu membuktikan menjadi bangsa yang memiliki maruah selain bersedia tergolong dalam kaum yang memberi dan kurang meminta.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, orang Melayu juga perlu menyemai semangat bantu membantu dengan memberi kepercayaan kepada anak bangsa yang benar-benar berintegriti.
“Bantulah bangsa kita, untuk dapat berbangga, bantulah bangsa kita agar memiliki maruah – memiliki harga diri, dengan menyerahkan amanah dan tanggungjawab kepada Melayu yang benar-benar kompeten, berwibawa, bertenaga, berkemahiran, berpengalaman, berpengetahuan dan berintegriti, daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap,” titah baginda pada majlis titah diraja semasa melancarkan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa, di sini, hari ini.
Konvensyen tiga hari itu membentangkan wacana daripada ilmuwan, ahli akademik, tokoh korporat dan profesional yang akan duduk di bawah satu bumbung dan berbincang apa yang hendak dilakukan terhadap penyatuan bangsa.
MESTI BACA: Teks penuh titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Selain itu, penganjuran konvensyen itu bakal menjadikan UiTM sebagai tempat rujukan penting untuk kajian, penulisan, perkhidmatan ke arah membentuk orang Melayu lebih memahami tentang pentingnya penyatuan bangsa di negara ini.
Antara tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan ialah Sistem Undang-undang Melayu, Ketamadunan Melayu, Kesultanan dan Pemerintahan Melayu serta Islam dan keintelektualan.
Antara pembentang kertas kerja ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri; Pengerusi Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar; dan pakar undang-undang Prof Madya Dr Shamrahayu A. Aziz.
Dalam pada itu, titah Sultan Nazrin, UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk membangunkan sumber manusia Melayu.
Titah baginda, kejayaan yang dicapai, telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan lebih gemilang setelah enam puluh tahun penubuhannya.
“UiTM berjaya melatih tenaga mahir – tenaga profesional bumiputera, sekali gus turut memenuhi strategi serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru; pertama: untuk membasmi kemiskinan, dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum; dan kedua: mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia, untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum, mengikut fungsi ekonomi.
“Puluhan ribu graduan yang dihasilkan oleh UiTM telah dapat mengeluarkan keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan, dan puluhan ribu yang berada dalam kategori menengah Melayu hari ini, terdiri daripada graduan UiTM,” titah baginda.
UiTM kini memiliki enrolmen 165,000 pelajar, disokong dengan kekuatan 500 program pengajian akademik yang dikendalikan oleh 24 fakulti serta empat pusat pengajian.
Selain kampus induk di Shah Alam, UiTM turut memiliki 12 kampus cawangan dan 21 kampus satelit di seluruh negara dengan kekuatan 18,188 staf akademik, staf pengurusan dan staf sokongan.
Sehingga November 2016, UiTM telah mencatat rekod menghasilkan 687,176 graduan.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 08 2016
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, orang Melayu juga perlu menyemai semangat bantu membantu dengan memberi kepercayaan kepada anak bangsa yang benar-benar berintegriti. -Gambar fail
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.
Isteri hidap dementia tak sedar suami rentung di halaman rumah
Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.
32 NADI siap sepenuhnya di Pulau Pinang - Zairil
Keseluruhannya, 35 NADI beroperasi di Pulau Pinang termasuk tiga sedia ada manakala baki enam lagi dijangka siap pada hujung bulan ini.
LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.
PAU 2024: Pemimpin dan ahli UMNO perlu sentiasa hantar mesej yang baik - Mohamad
Pemimpin dan ahli UMNO perlu sentiasa menghantar mesej yang baik kepada orang Melayu dan mengelakkan daripada mengucapkan sesuatu yang hanya mampu mengundang kemarahan.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan
Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri itu.
Orang Melayu perlu kukuh keharmonian demi menunjukkan kekuatan bangsa, ummah - Sultan Sharafuddin
Negara yang rakyatnya tidak bersatu padu dan berpecah belah, tidak akan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan yang diharapkan.
Pasca PRN: Jangan salahkan orang Melayu dan anak muda - PM
Menjadi tanggungjawab jentera Pakatan Harapan untuk menyantuni golongan itu dengan lebih baik bagi memberi penjelasan kepada mereka.
Tun Mahathir mengulas tentang isu 3R
Rakyat diberitahu tajuk 3R tidak boleh disentuh. Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh "race", perbincangan berkenaan "multiracial" juga menyentuh "race".
Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.
Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.
Mampukah DAP tarik undi orang Melayu?
Pelbagai reaksi positif dan negatif dilontarkan, malah ada yang mengatakan bahawa ia melanggar dan bertentangan dengan dasar parti.