SERINGKALI kita dimomokkan bahawa menjadi Subject Matter Expert (SME) merupakan salah satu indikator kepada pencapaian tertinggi di dalam kerjaya seseorang.
Ia ibarat token yang diperlukan dan menjadi kriteria utama untuk urusan naik pangkat, peluang mengikuti latihan, pengiktirafan, salary increment/commission dan sebagainya.
Pengiktirafan bukanlah indikator tunggal bagi menilai penglibatan, pengalaman, sumbangan dan kejayaan seseorang individu di dalam kerjaya.
Pengiktirafan kepada seseorang itu seperti anugerah kecemerlangan, pingat jasa terbilang ataupun best employee of the year mungkin disebabkan beberapa faktor lain yang boleh dileraikan.
Antaranya pengiktirafan yang diterima boleh disebabkan oleh faktor favoritism, "know-who- [nepotisme/chronisme]", rotation, "kasi chance lah", teamwork atau mungkin disebabkan populariti yang dimiliki.
Berbalik kepada stigma peri pentingnya menjadi SME di dalam sesuatu bidang, ia merupakan suntikan semangat dan dorongan bagi seseorang di dalam profesionnya.
Ia juga adalah refleksi kepada survivability dan kerelevanan seseorang itu di dalam bidangnya.
Namun adakalanya menjadi SME berupaya membuatkan seseorang itu tidak berminat dengan cabang ilmu yang lain dan sentiasa merasakan diri adalah terbaik di antara yang terbaik (creme de la creme) dan cenderung untuk tidak menerima pandangan atau kritikan daripada orang lain yang bukan pakar dalam bidang yang dikuasainya.
Tidak dinafikan menjadi SME adalah perkara yang baik malah ia amat diperlukan terutama bagi peningkatan laluan kerjaya dan menjadi pakar rujuk sekiranya ada sebarang ketidakpastian (ambiguity) ataupun ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut.
Bagi sesetengah profesion, menjadi SME adalah sangat penting kerana pengalaman itu practise.
Ilmu yang semakin didalami itu adalah suatu dapatan yang baharu; formula yang dijumpai merupakan sesuatu yang boleh diterokai dan ia menyemarakkan lagi sifat ingin tahu yang lebih tinggi.
Menjadi SME juga merupakan suatu pembuktian bahawa seseorang itu "orang lama" yang sudah berkecimpung dan mahir dalam sesuatu bidang dan memahami setiap selok-belok, cabaran dan lebih bersedia dalam menghadapi situasi.
Namun adakah menjadi SME sahaja sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu ketua yang baik di peringkat PEMBUAT KEPUTUSAN?
Sekiranya kita menjadi pekerja, pastinya kita berkeinginan untuk memiliki seorang ketua/bos yang versatile, berpandangan jauh, problem solver, creative thinker, mempunyai jaringan kerjasama yang luas serta berkebolehan menyediakan persekitaran yang dinamik.
Berhubung hal ini, adakah kita mahukan seorang ketua yang tidak mempunyai pengalaman dalam cabang ilmu yang lain dan hanya memfokuskan kepada satu bidang ilmu sahaja?
Tiada pengalaman kerja atau tiada added value seperti ilmu dan pengalaman berkenaan hal ehwal pentadbiran, kewangan, pengurusan acara, sumber manusia, international relations, komunikasi, ICT dan softskills seperti negotiation, empathy, conflict management dan sebagainya.
Cuba kita bayangkan jika kita memiliki seorang ketua yang mempunyai pengalaman kerja yang pelbagai dan cabang ilmu yang tidak tertumpu kepada sijil akademik yang dimiliki atau penguasaan terhadap sesuatu bidang tugasan sahaja.
Pastinya seorang ketua yang memiliki ciri-ciri begini tidak akan cepat terperangkap di dalam situasi kebuntuan dan akan mengesyorkan pelbagai alternatif solusi/opsyen/simulasi bagi menyelesaikan sesuatu keadaan/isu/masalah.
Berkemungkinan solusi yang dicadang atau dibuat kedengaran agak janggal dan berbeza daripada kebiasaan, namun ia mungkin berdaya menjadi solusi yang lebih realistic, doable and achieveable.
Berbanding dengan seorang ketua yang hanya menjadi SME di dalam bidangnya dan tidak memiliki pengalaman serta pendedahan selain daripada bidangya, berkemungkinan akan memberi solusi yang terhad dan kebiasaannya hanya mencakupi ruang lingkup cabang ilmunya sahaja.
Menjadi SME tidak bermaksud kita mempunyai kelebihan untuk meminggirkan aspek-aspek lain di dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya berkait hala tuju atau sasaran pencapaian bagi organisasi atau jabatan.
Mungkin juga kita boleh menjadikan pepatah Inggeris ini sebagai panduan, "Jack of all trades, master of none, though often times better than master of one".
Sesungguhnya ilmu itu luas dan tiada batasannya, teruskan mencari ilmu, mendalami ilmu dan menyebarkan ilmu.
Jangan sesekali kita memandang enteng orang yang "tidak berilmu" kerana mungkin pengalaman yang dimilikinya berupaya "menyelamatkan" kita.
Sama-sama kita fikirkan.
Maziatul Syima Rusly merupakan pegawai Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik yang berkhidmat di salah sebuah agensi pusat di Putrajaya.
Penulisan ini ialah hasil nukilan peribadi penulis dan tidak merujuk kepada mana-mana individu sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Maziatul Syima Rusly
Tue Jan 12 2021
Ketua yang versatil, berpandangan jauh, problem solver, creative thinker, mempunyai jaringan kerjasama yang luas serta berkebolehan menyediakan persekitaran yang dinamik. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Memadaikah kelayakan SME sebagai syarat pembuat keputusan?
Ketua yang bergelar SME berkemungkinan akan memberi solusi yang terhad dan kebiasaannya hanya mencakupi ruang lingkup cabang ilmunya sahaja.