DUNIA kemanusiaan di Malaysia kini semakin bercambah dan semakin rencam.
Penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) khusus dalam bidang bantuan kemanusiaan di dalam dan juga di luar negara kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan ianya merancakkan lagi sebuah industri organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan. Umum mengetahui bahawa objektif utama sesebuah bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan nyawa, meringankan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia.
Ianya juga tertakluk kepada sekurang-kurangnya 4 prinsip utama (core humanitarian principles) yang menggarisi setiap pergerakannya iaitu kemanusiaan, keadilan, tidak berpihak kepada mana-mana (neutral) dan bebas.
Ada yang mempersoal kenapa perlu banyaknya NGO yang mempunyai visi yang hampir sama di Malaysia ini.
Hakikatnya kepelbagaian NGO yang wujud ini memaparkan betapa luas dan rencamnya cara dan kaedah untuk menangani sesuatu perkara dan juga isu yang juga tidak kurang banyaknya.
NGO yang wujud samada yang baru atau yang lama terutama yang diterajui oleh anak-anak muda kini tidak lagi melihat kewujudan NGO lain sebagai ancaman atau pesaing tetapi lebih kepada peluang kolaborasi dan kerjasama yang mapan dalam menyampaikan sesuatu bantuan kemanusiaan.
Ya, visi yang hampir sama, kumpulan sasaran penerima manfaat yang hampir sama tetapi mempunyai cara pengurusan dan lingkungan pengaruh yang tersendiri.
Apa yang menjadi keutamaan adalah bantuan yang disampaikan tepat pada sasaran berpandukan kepada prosedur standard operasi (SOP) yang dilaksanakan di samping memberikan impak yang positif dan berpanjangan.
Memanfaatkan kerencaman NGO
Keterbukaan seperti ini memberikan ruang yang besar kepada rakan-rakan NGO yang lain untuk memperluas dan memperbanyakkan capaian kumpulan sasaran di samping memanfaatkan jaringan dan lingkungan pengaruh yang telah dipelopor oleh NGO-NGO sedia ada dengan penuh rasa hormat.
Ruang seperti ini pastinya kelihatan sempit dan mengambil masa (time consuming) seandainya dilakukan dengan kapasiti sebuah NGO sahaja apatah lagi untuk memberi impak yang besar dalam satu-satu misi bantuan kemanusiaan.
Ianya juga secara tidak langsung memberikan ruang penambahbaikan dengan kewujudan ‘circle’ yang mempunyai ‘interest’ yang sama dan penulis kira ianya merupakan suatu anjakan paradigma dalam menambah baik pengurusan sesebuah NGO.
Perbincangan yang penulis rangkumkan di atas mungkin terguna kepada banyaknya NGO-NGO baru atau NGO-NGO yang sedang melakukan proses pembaharuan berdasarkan iklim dan trend pada ketika ini.
Akan tetapi bagi beberapa NGO yang sudah lama bertapak dan mempunyai sistem yang sudah solid dan terkini, maka keterbukaan mereka untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman ‘makan garam dahulu’ pastinya ditagih oleh tunas-tunas yang tumbuh dan ianya wajar untuk dipuji dan dihargai.
Mengubah pandangan masyarakat
NGO kini tidak harus lagi dipandang sebagai ‘peminta sedekah’ atau sebuah organisasi yang hanya tahu meminta-minta sahaja. Masyarakat harus meletakkan kefahaman bahawa kewujudan NGO-NGO yang terbukti boleh dipercayai dan mempunyai rekod pelaksanaan yang memuaskan merupakan penghubung atau wahana kepada mereka untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Suatu masa kita pernah melihat wujudnya ramai Non-Governmental Individuals (NGI) atas dasar mahu menyalurkan bantuan terus kepada penerima manfaat dan beberapa alasan lain dan tersendiri.
Penulis secara peribadi melihat kewujudan NGI seperti ini walaupun mempunyai misi yang murni, sesetengahnya tidak mampu untuk memastikan kelestarian bantuan yang disalurkan serta pengagihan yang menepati sasaran dan akhirnya mereka perlu bergerak secara berkumpulan dan mewujudkan pasukan sendiri atau lebih parah lagi terpaksa menghentikan segalanya separuh jalan.
Kewujudan NGO bantuan kemanusiaan antara lainnya adalah untuk menjadi platform ‘fund pooling’ dan kemudian bertanggungjawab untuk mengkoordinasi bentuk sumbangan yang perlu disampaikan dan juga kumpulan sasaran yang memerlukan berdasarkan laporan situasi dan komunikasi di lapangan.
Kesemuanya ini terangkum di dalam SOP yang telah tersedia dan harus dipatuhi oleh sesebuah NGO bantuan kemanusiaan.
Bersedia menjadi sebahagian daripada agen perubahan
NGO bantuan kemanusiaan kini telah bergerak menggunakan pelbagai cara yang kreatif untuk menarik minat dan juga komitmen petugas kemanusiaan dan juga masyarakat umum untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang melakukan perubahan secara efektif dan sistematik. NGO tidak boleh lagi menjadi organisasi yang eksklusif.
Peluang untuk terlibat dan meletakkan komitmen melaksanakan sesuatu misi bantuan di dalam dan juga di luar negara tidak harus tertumpu kepada mereka yang telah berpengalaman atau yang lebih senior malah perlu diperluaskan kepada mereka yang sedang mencari pengalaman tersebut.
Mereka mahu sama-sama terlibat sebagai agen perubahan dan harus melakukannya dalam konteks dan juga garis panduan yang telah ditetapkan oleh sesebuah NGO.
Penulis suka untuk membawa pembaca kepada terma yang disebutkan sebagai ‘Next Generation Organisations’ oleh Marla Cornelius dan juga Tim Wolfred dari CompassPoint Nonprofit Services yang menyebutkan bahawa terdapat persamaan terma tersebut dengan yang disebutkan oleh Peter Senge iaitu ‘learning organisation’.
Peter Senge menyenaraikan 5 karakter ‘learning organisation’ dan salah satu daripadanya adalah ‘team learning’.
Karakter yang disebutkan ini penting terutama dalam melibatkan setiap petugas kemanusiaan di dalam sesebuah organisasi dan juga masyarakat untuk belajar dan berkongsi ilmu (knowledge sharing) dan menambah baik proses menyelesaikan satu-satu isu dan masalah.
Nah, apa yang penulis cuba gambarkan bahawa tugas sesebuah NGO bantuan kemanusiaan ini bukan sekadar dan semudah mengumpulkan dana bantuan dan kemudiannya menyalurkan pula kepada mereka yang memerlukan di dalam dan juga di luar negara.
Di sebalik semua rutin yang terlihat di hadapan masyarakat umum sebenarnya lebih rumit dan menuntut kepada kecekapan pengurusan NGO tersebut.
Justeru penerimaan dan sokongan padu masyarakat Malaysia terutamanya di dalam memastikan usaha-usaha untuk menyelamatkan manusia, mengurangkan penderitaan dan juga menjaga maruah manusia yang digerakkan oleh NGO-NGO baru dan lama adalah sangat penting.
Malah di peringkat NGO-NGO yang pelbagai juga perlu lebih banyak menyepakati keperluan untuk menangani sesuatu isu dengan gerak kerja yang kolektif sehingga mampu untuk menghasilkan impak yang positif kepada mana-mana kumpulan sasaran.
Atas asas berkejar-kejar melakukan kebaikan (fastabiqul khairat), ayuh terus membina dan membentuk masyarakat yang prihatin dan penyayang demi keamanan sejagat!
“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan”
*Syahrir Azfar Saleh ialah Ketua Pegawai Operasi, Global Peace Malaysia (GPM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Syahrir Azfar Saleh
Sun Jan 13 2019
Gabungan kerjasama NGO-NGO yang diterajui anak-anak muda Malaysia di dalam Unity Convoy (Ambulances for Syria) memberi impak yang besar - Foto Syahrir Azfar
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Memaknai sesebuah NGO bantuan kemanusiaan
NGO bantuan kemanusiaan kini telah bergerak menggunakan pelbagai cara yang kreatif untuk menarik minat dan juga komitmen petugas kemanusiaan