MALAYSIA
Memorandum Jemaah Menteri haramkan vape akan dibentang selewatnya hujung tahun - Dzulkefly
Dzulkefly menjawab pertanyaan media pada Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Selangor dan Penutup Program Jom Nak Sihat Kuala Selangor di Kuala Selangor hari ini. - Foto Bernama
KUALA SELANGOR: Satu Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung pengharaman rokok elektronik atau vape akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini.
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata untuk usaha berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membentang laporan cadangan awal jawatankuasa kepakaran dalam mesyuarat Kabinet semalam.
"Pembentangan (laporan cadangan) itu saya buat ringkas. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet mahukan saya menghantar satu Memorandum Jemaah Menteri ke arah pengharaman vape.
"Macam saya selalu sebutkan, ia bukannya kalau tetapi kita memang akan haramkan. Saya bertanggungjawab untuk melunaskan arahan itu dan persoalannya adalah cara, masa serta pendekatan digunakan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Selangor dan Majlis Penutup Program Jom Nak Sihat Kuala Selangor 2.0 2025 di Kompleks Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.
Dzulkefly ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi KKM di Dewan Rakyat pada Khamis lepas berkata laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman vape sedang dilengkapkan oleh jawatankuasa kepakaran kementeriannya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Selangor dijangka mempunyai empat 'Wellness Hub' dengan penambahan pusat baharu di Kuala Selangor yang kini dalam proses rangka pembinaan.
Beliau berkata untuk peringkat nasional, kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 81 Wellness Hub di seluruh negara menjelang 2033.
"Reformasi sistem kesihatan kini menjadi tumpuan utama negara di bawah RMK13, dengan peralihan daripada model 'sick-care' kepada 'health-care'. Tumpuan ini menekankan pencegahan penyakit, penjagaan kesihatan primer, dan pembudayaan hidup sihat sebagai teras sistem kesihatan yang mampan.
"Melalui pendekatan ini, kerajaan berhasrat memastikan rakyat bukan sahaja dirawat apabila sakit tetapi dibimbing dan didorong untuk mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan akan bentang memorandum pengharaman vape kepada Kabinet sebelum hujung tahun, dengan Menteri Kesihatan menegaskan bahawa pengharaman adalah pasti, cuma pendekatan dan masa pelaksanaan sedang ditentukan.
- Laporan terperinci sedang disiapkan oleh jawatankuasa pakar KKM, sebagai langkah susulan kepada pembentangan awal dalam mesyuarat Kabinet dan perbahasan RMK13 di Dewan Rakyat.
- Selangor bakal miliki empat 'Wellness Hub', sebahagian daripada sasaran nasional untuk mewujudkan 81 pusat kesihatan menjelang 2033, selaras dengan reformasi sistem kesihatan ke arah pencegahan dan gaya hidup sihat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata untuk usaha berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membentang laporan cadangan awal jawatankuasa kepakaran dalam mesyuarat Kabinet semalam.
"Pembentangan (laporan cadangan) itu saya buat ringkas. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet mahukan saya menghantar satu Memorandum Jemaah Menteri ke arah pengharaman vape.
"Macam saya selalu sebutkan, ia bukannya kalau tetapi kita memang akan haramkan. Saya bertanggungjawab untuk melunaskan arahan itu dan persoalannya adalah cara, masa serta pendekatan digunakan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Selangor dan Majlis Penutup Program Jom Nak Sihat Kuala Selangor 2.0 2025 di Kompleks Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.
Dzulkefly ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi KKM di Dewan Rakyat pada Khamis lepas berkata laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman vape sedang dilengkapkan oleh jawatankuasa kepakaran kementeriannya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Selangor dijangka mempunyai empat 'Wellness Hub' dengan penambahan pusat baharu di Kuala Selangor yang kini dalam proses rangka pembinaan.
Beliau berkata untuk peringkat nasional, kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 81 Wellness Hub di seluruh negara menjelang 2033.
"Reformasi sistem kesihatan kini menjadi tumpuan utama negara di bawah RMK13, dengan peralihan daripada model 'sick-care' kepada 'health-care'. Tumpuan ini menekankan pencegahan penyakit, penjagaan kesihatan primer, dan pembudayaan hidup sihat sebagai teras sistem kesihatan yang mampan.
"Melalui pendekatan ini, kerajaan berhasrat memastikan rakyat bukan sahaja dirawat apabila sakit tetapi dibimbing dan didorong untuk mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat," katanya.
-- BERNAMA

#Memorandum Jemaah Menteri
#pengharaman vape
#Dzulkefly Ahmad
#dibentang ke Kabinet
#Kementerian Kesihatan
#terkini