awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak

Rohana Wahed
Rohana Wahed
03/07/2018
03:38 MYT
Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak
Bagi statistik kemalangan di Sarawak, secara keseluruhannya menunjukkan penurunan. - Foto Bernama
Sikap suka memotong kenderaan lain dalam keadaan berbahaya dan keluar simpang jalan tanpa memberi isyarat antara punca utama kemalangan jalan raya di Sarawak.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu mendedahkan faktor lain menyumbang kemalangan juga kerana sikap pengguna memandu melanggar had laju dibenarkan sehingga terbabas.
"Bagaimanapun, bagi statistik kemalangan di Sarawak, secara keseluruhannya menunjukkan penurunan," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai statistik Op Selamat 2018 di negeri Sarawak hari ini.
Bagaimanapun kata Alexson, kemalangan maut mencatatkan 10 kes pada tahun ini berbanding 13 kes tahun sebelumnya.
"Ia merekodkan penurunan sebanyak 23.1 peratus atau tiga kes," katanya menambah jumlah keseluruhan kemalangan di negeri itu sebanyak 680 kes tahun ini berbanding 692 kes dalam tempoh sama 2017.
Jelasnya, jumlah itu menurun sebanyak 12 kes atau 1.7 peratus.
“Berdasarkan statistik juga, pengguna motosikal dan kereta merupakan mangsa paling ramai terkorban yang melibatkan tiga daripada 10 kematian yang direkodkan.
Manakala kes kematian lain melibatkan dua orang pejalan kaki dan masing-masing seorang pengguna kenderaan pacuan empat roda (4WD) serta lain-lain pengguna jalan raya.
Katanya, sebanyak 12,699 saman telah dikeluarkan sepanjang 15 hari Op Selamat 2018 dilaksanakan bermula 8 hingga 22 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Alexson Naga Chabu
#isyarat
#memandu berbahaya
#Op Selamat
#Sarawak
#sikap
#suka memotong kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan