Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat yang begitu sinonim dengan insan yang bergelar guru. Setiap tahun, pada tarikh ini guru diberi penghormatan khas bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan dalam mendidik anak bangsa.
Tahun ini, bertemakan 'Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi' membawa makna yang cukup besar buat lebih 400,000 guru sekali gus menggambarkan sumbangan dan peranan signifikan mereka yang tidak pernah pudar walaupun ditelan dek zaman.
Justeru, dalam memastikan nasib guru terbela, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyeru Kementerian Pendidikan (KPM) menyatakan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah bagi menghadiri urusan rasmi.
Menurut Presidennya, Jasni Md Kechik, garis panduan mengenai hal itu haruslah dimuktamadkan bagi memastikan golongan pendidik juga dilindungi daripada sudut perundangan jika sesuatu perkara terjadi.
"Pada masa ini, seandainya terjadi kemalangan sewaktu guru membawa murid menyertai sesuatu pertandingan, waris pelajar boleh mengambil tindakan terhadap guru. Sedikit sebanyak perkara ini membuatkan guru tersepit antara melaksanakan tanggungjawab mereka dan risiko yang perlu dihadapi seandainya perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada masa sama, Jasni turut menyeru KPM untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama kesatuan guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak yang berkepentingan dalam pendidikan untuk menambah baik sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan demi kebaikan semua.
Dalam pada itu, bagi mengembalikan peranan guru sebagai 'adiwira' sekolah, Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia berpendapat beban tugas guru seharusnya diselesaikan dalam kadar segera oleh KPM.
Presidennya, Mohd Azizee Hasan bagaimanapun mengakui KPM berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan, cuma ia masih belum sempurna kerana terdapat kelompongan yang perlu diperbaiki.
"Kita tidak nafikan usaha KPM dan kita dapati terdapat perubahan sekali gus menjadi semakin baik. Kita perlu lakukan ini kerana kalau kita mahu lihat guru menjadi adiwira, tugas guru sepatutnya lebih tertumpu kepada pembangunan sahsiah dan pembentukan akdemik," katanya yang mencadangkan agar KPM menambah bilangan guru dan pembantu guru sebagai jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah itu.
Mohd Azizee turut berharap supaya isu graduan pendidikan daripada universiti awam dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin supaya tidak berlaku pertindihan dengan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyambut baik akan sembilan teras pencapaian setahun KPM seperti yang diumumkan menterinya Dr Maszlee Malik, baru-baru ini.
Menurutnya, sembilan teras pencapaian itu menunjukkan bahawa KPM memberi tumpuan yang sangat besar mengenai soal pembangunan pendidikan untuk warganegaranya.
"Ia merupakan kesinambungan dan penambahbaikan terhadap apa yang KPM telah jalankan. Oleh itu, kita harap penambahbaik yang lebih menonjol dapat dilakukan selepas ini. Contohnya untuk manfaat golongan berpendapatan rendah (B40) dan orang kurang upaya (OKU), kita mencadangkan agar asrama khas disediakan untuk keperluan mereka," katanya.
Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi lebih perhatian seperti pengajaran bahasa Inggeris yang masih belum dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
"Selama ini, hanya diberi penekanan kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi tidak memberi pemberatan yang lebih kepada menguasai bahasa itu. Hanya sekarang barulah diwajibkan guru-guru bahasa Inggeris mengambil Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET). Ini kerana, kita merasakan penguasaan dalam bahasa Inggeris masih kurang memuaskan atau lemah,'' katanya. -- Bernama
Bernama
Thu May 16 2019
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Memperkasa peranan guru secara inklusif - Persatuan Guru
Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat yang begitu sinonim dengan insan yang bergelar guru.