[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron

Bernama 08/05/2015 | 15:35 MYT
Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya David Cameron selepas menerajui parti Konservatif mencapai kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum United Kingdom (UK).
Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.
"Tahniah @David_Cameron. Hasil kepimpinan kerajaan anda, UK-Malaysia menjalin hubungan yang amat baik. Saya berharap dapat menjalin kerjasama dan hubungan yang lebih mendalam," kata Najib dalam catatan Twitter beliau hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
British Broadcasting Corporation (BBC) yang berpejabat di London melaporkan parti Konservatif memenangi 330 kerusi di Parlimen selepas pengumuman keputusan 649 daripada 650 kerusi yang dipertandingkan.
Keputusan pilihan raya itu membolehkan Konservatif memperoleh majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan, dan Cameron kembali ke Downing Street untuk menyandang jawatan perdana menteri bagi penggal kedua.
#bbc #David Cameron #Konservatif #najib #pilihan raya #UK