DREBAR
Menangi Tag Heuer NISMO edisi khas Merdeka ini

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memulakan kempen “58 Years and Still Growing Strong” pada bulan Ogos 2015 sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58. Kempen ini menandakan penghargaan ETCM terhadap para pelanggannya yang setia bersama sejak sekian lama.
Pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh kempen ini layak untuk menyertai dan memenangi hadiah cabutan istimewa – seramai tiga orang pemenang bakal membawa pulang seutas jam tangan TAG Heuer Carrera “NISMO” Calibre 16 Day-Date Edisi Khas bernilai RM19,800.
Ia dihasilkan untuk memperingati penyertaan kembali Nissan ke dalam perlumbaan Le Mans pada tahun ini. Jam tangan ini juga diperbuat daripada aluminium.
Kempen RM1.00
ETCM juga meneruskan “Kempen Promosi RM1.00”. Dengan hanya RM1.00, pelanggan boleh membeli Aerokit NISMO untuk Almera atau Aerokit IMPUL untuk Grand Livina atau Sylphy. Promosi RN1.00 turut dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak untuk menambah tempat duduk yang dibalut kulit dengan hanya RM1.00.
Terdapat juga promosi-promosi menarik lain untuk pembeli Serena S-Hybrid dan Navara.
ETCM juga sedang menganjurkan Siri Jelajah Nissan dan Karnival Pandu Uji untuk memudahkan anda mendekati Nissan. Siri Jelajah ini akan diadakan mengikut jadual di bawah:
Tarikh | Lokasi |
10 - 16 Ogos | Tesco Mergong, Tingkat bawah (Alor Setar) |
10 - 16 Ogos | Mydin Gong Badak, Tingkat bawah (K. Terengganu) |
14 - 16 Ogos | Mahkota Parade, KG 10 A, Concourse Area (Melaka) |
15-16 Ogos | Karnival Pandu Uji, @ ETCM Kota Kinabalu (Sabah) |
20 - 23 Ogos | Ipoh Parade, Atrium, Tingkat bawah (Perak) |
26 - 31 Ogos | 1 Utama, Highstreet, Tingkat bawah (PJ) |