BINTULU: “Berteriak dan menangis enggan dicukur. Kemudian selepas bulu-bulu itu hilang, dia mendapat demam.
"Emaknya yang mencukur pula hampir pengsan, selepas itu. Jadi cukuplah sekali kami melakukannya kerana selepas itu, bulu di muka dan badannya semakin lebat,” kata Roland Jimbai, 48.
Beliau menceritakan detik dia dan isteri Theresa Guntin, 29, membuang bulu-bulu pada badan anaknya, Missclyen, 2, sekitar setahun yang lalu yang dikenal pasti menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis.
Tanggal 5 Mei 2021, ketika Missclyen hendak dilahirkan, seluruh negara sedang berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Roland ketika itu cuba mendekati isterinya di bilik bersalin, namun tidak dibenarkan. Hatinya remuk.
Ini kerana ketika bunting, isterinya telah bermimpi bahawa anak yang bakal lahir ini cukup istimewa kerana dimandikan di atas dulang emas.
Justeru, mengikut adat Iban, amat perlu Roland sebagai bapa menyambut kelahiran tersebut dengan piring serta kain pua kumbu.
Menambah mistik kepada kelahirannya pada hari itu di Hospital Nyabau, Bintulu, seorang daripada jururawat itu rebah pengsan dan patah gigi.
"Manakala hujan panas turun secara tiba-tiba. Saya sendiri ralat ... tidak memahami apa yang berlaku, apatah lagi saya sebelumnya memang tidak percayakan mimpi."
Namun Roland tidak dapat melaksanakan tanggungjawab menyambut anaknya itu dengan kain pua sementelah dia sendiri tidak dibenarkan untuk melawat sehingga sebulan, gara-gara COVID-19 yang melanda.
Dia hanya berpeluang melihat dan mencium anaknya itu, sebelum ambulans membawanya ke lapangan terbang untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Ketika itulah saya pertama kali melihat dia dan saya menangis ketika itu,” katanya lagi.
Sebenarnya, anak kecil ini begitu istimewa. Ini kerana dia lahir dengan hidung tanpa lubang. Namun dia dapat bernafas, imbas Roland.
Katanya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk menebuk lubang, bagi membolehkan Missclyen bernafas seperti kanak-kanak lain.
Ketika ini, kata Roland, satu-satunya penyakit yang dikesan pada Misscelyn ialah asma yang menyebabkan degup jantungnya kencang.
"Sakit itu datang jika dia demam dan menangis lama.
Kata Roland, kehidupan Missclyen seperti kanak-kanak lain juga. Namun untuk menjaganya agak sukar kerana perlu memastikan bulu badannya terjaga rapi.
"Dia aktif dan fokus terhadap apa jua yang dilakukan. Jika diganggu, dia akan cepat marah. Saya tidak benarkan dia bermain di luar rumah kerana terdedah kepada banyak risiko.
Pernah membawa Misscelyn bersiar-siar di kawasan riadah di Tanjung Batu, katanya ramai kanak-kanak takut akan kelainan rupa fizikalnya.
Keadaan penyakit dan fizikal Misscelynn mendapat tumpuan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Program Kembara Kenali Borneo singgah di Kampung Penan Muslim, Batu 10, Bintulu pada 10 September lalu.
BACA: Hasrat bapa temukan anak istimewa dengan Agong, Raja Permaisuri tercapai
Dan pada Selasa lalu, baginda berkenan untuk menjadikan Misscelyn sebagai 'anakanda angkat' baginda, dengan warkah rasmi dari Istana Negara telah diserahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
"Kelmarin hari yang bersejarah dan hari yang penuh makna bagi kami sekeluarga kerana anak ini menjadi anak angkat permaisuri.
"Saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada baginda Raja Permaisuri Agong kerana sudi mengambil anak saya ini sebagai anak angkat.
"Saya betul-betul bersyukur kepada tuhan kerana baginda mempunyai rasa prihatin akan rakyat dan memiliki kasih sayang serta rasa kemanusiaan.
"Hanya tuhan yang dapat membalas budi baik Tunku dan keluarga,” tambahnya lagi.
Melalui warkah tersebut, Raja Permaisuri telah berkenan untuk menanggung segala kos perubatan, persekolahan dan perbelanjaan Missclyen.
Rudi Affendi Khalik
Thu Nov 02 2023
Menurut Roland, kehidupan Missclyen (depan) seperti kanak-kanak lain, namun untuk menjaganya agak sukar kerana perlu memastikan bulu badannya terjaga rapi. -Foto Astro Awani
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Menangis dan demam bila dicukur, ibu mimpi Missclyen dimandi atas dulang emas
Berteriak, menangis dan demam bila dicukur, ibu mimpi Missclyen dimandi atas dulang emas
Hasrat bapa temukan anak istimewa dengan Agong, Raja Permaisuri tercapai
Hasrat bapa temukan anak istimewa dengan Agong, Raja Permaisuri tercapai