MALAYSIA
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Muhammad Firdaus (dua, kanan) dan Rasulden (dua, kiri) diiringi polis ketika dibawa ke mahkamah. -Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang lelaki dan bapa mentuanya dihukum penjara berjumlah 113 bulan selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan jenayah termasuk rompak, pecah rumah dan menyimpan harta curi sejak November tahun lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Tertuduh, Muhammad Firdaus Muhammad Nazir, 24, dan Rasulden Jamal Mohamed, 47, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Alor Setar, termasuk tiga kesalahan dilakukan bersama.
Bagaimanapun, selepas mengambil kira hukuman serentak, Muhammad Firdaus dipenjara tiga tahun manakala Rasulden 18 bulan.
Di Mahkamah Sesyen, Hakim Sharmila Abdul Samad menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap Muhammad Firdaus atas kesalahan merompak beg tangan milik seorang wanita berusia 21 tahun yang mengandungi kad pengenalan, kad bank, wang tunai RM150 dan tablet Apple, pada 18 Disember lalu di Jalan Putra.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Di Mahkamah Majistret, Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap Muhammad Firdaus atas kesalahan pecah rumah di Taman Sri Derga pada 18 November lalu, mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Bagi dua pertuduhan bersama Rasulden, mereka didakwa menyimpan harta curi iaitu telefon bimbit Samsung dan enjin motosikal Modenas Kriss pada 20 Disember lalu di Lorong Ayer Puteh.
Kedua-duanya dihukum penjara 18 bulan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Rasulden turut dipenjara tujuh bulan atas satu lagi pertuduhan menyimpan harta curi berupa beg, mata wang asing dan dua jam tangan termasuk Rolex.
Selain itu, kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan oleh Majistret Eliana Ismail kerana menyimpan telefon Vivo yang diragut daripada seorang warga Myanmar.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, Norfatin Azera Norhisham dan Nur Huda Diyanah Amir Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Muhammad Firdaus dan bapa mentuanya dihukum penjara selama 113 bulan atas kesalahan rompak, pecah rumah, dan menyimpan harta curi sejak November tahun lalu.
- Muhammad Firdaus dipenjara 3 tahun atas kesalahan merompak beg tangan seorang wanita, sementara bapa mentuanya, Rasulden, dipenjara 18 bulan kerana kesalahan bersama menyimpan harta curi.
- Hakim Sharmila Abdul Samad dan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah menjatuhkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh berdasarkan kesalahan yang telah diakui.
Tertuduh, Muhammad Firdaus Muhammad Nazir, 24, dan Rasulden Jamal Mohamed, 47, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Alor Setar, termasuk tiga kesalahan dilakukan bersama.
Bagaimanapun, selepas mengambil kira hukuman serentak, Muhammad Firdaus dipenjara tiga tahun manakala Rasulden 18 bulan.
Di Mahkamah Sesyen, Hakim Sharmila Abdul Samad menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap Muhammad Firdaus atas kesalahan merompak beg tangan milik seorang wanita berusia 21 tahun yang mengandungi kad pengenalan, kad bank, wang tunai RM150 dan tablet Apple, pada 18 Disember lalu di Jalan Putra.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Di Mahkamah Majistret, Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap Muhammad Firdaus atas kesalahan pecah rumah di Taman Sri Derga pada 18 November lalu, mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Bagi dua pertuduhan bersama Rasulden, mereka didakwa menyimpan harta curi iaitu telefon bimbit Samsung dan enjin motosikal Modenas Kriss pada 20 Disember lalu di Lorong Ayer Puteh.
Kedua-duanya dihukum penjara 18 bulan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Rasulden turut dipenjara tujuh bulan atas satu lagi pertuduhan menyimpan harta curi berupa beg, mata wang asing dan dua jam tangan termasuk Rolex.
Selain itu, kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan oleh Majistret Eliana Ismail kerana menyimpan telefon Vivo yang diragut daripada seorang warga Myanmar.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, Norfatin Azera Norhisham dan Nur Huda Diyanah Amir Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hukuman yang diberikan kepada Muhammad Firdaus Muhammad Nazir dan Rasulden Jamal Mohamed berdasarkan kesalahan yang mereka lakukan?
A: Muhammad Firdaus dipenjara selama tiga tahun manakala Rasulden dipenjara selama 18 bulan. - Q: Apa kesalahan yang menyebabkan Muhammad Firdaus dihukum penjara selama tiga tahun oleh Hakim Sharmila Abdul Samad?
A: Muhammad Firdaus dihukum penjara tiga tahun kerana merompak beg tangan milik seorang wanita pada 18 Disember lalu di Jalan Putra. - Q: Apakah kesalahan yang mengakibatkan Muhammad Firdaus dipenjara selama dua tahun oleh Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah?
A: Muhammad Firdaus dihukum penjara dua tahun kerana pecah rumah di Taman Sri Derga pada 18 November lalu. - Q: Apakah hukuman yang diberikan kepada Rasulden Jamal Mohamed atas pertuduhan menyimpan harta curi bersama Muhammad Firdaus?
A: Rasulden dan Muhammad Firdaus dihukum penjara selama 18 bulan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan. - Q: Siapakah individu yang mewakili Muhammad Firdaus dan Rasulden dalam kes ini?
A: Tertuduh diwakili oleh peguam Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
#menantu dan bapa mentua
#Muhammad Firdaus Muhammad Nazir
#Rasulden Jamal Mohamed
#rompak dan pecah rumah