awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2024
00:40 MYT
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
Pasukan penyelam membawa keluar mangsa selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam laut di Batu 7, Kampung Payang, Lahad Datu. - Foto Sinar Harian
LAHAD DATU: Dua lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke laut dalam kejadian di Batu 7, Kampung Payang, di sini malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Edwin, 25, dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, 66, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.50 malam.
Menurutnya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Lahad Datu.
"Menurut maklumat, berlaku kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas sendiri dan terjunam ke dalam laut di mana terdapat dua mangsa terlibat yang belum dijumpai.
"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam daripada sebuah syarikat dan menerusi selaman pertama telah berjaya menarik keluar seorang mangsa dari kereta tersebut pada jam 12.06 tengah malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Sumsoa berkata, pencarian mangsa kedua diteruskan dengan menarik keluar kereta tersebut ke kawasan yang lebih cetek.
"Tindakan seterusnya adalah dengan mengikat tali pada kereta untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek untuk mencari mangsa yang kedua.
"Selaman kedua dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan set penyelam milik syarikat dan mangsa kedua berjaya ditemukan pada jam 1.31 pagi. Kedua-dua mangsa ditemui pada kedalaman 12 meter dan sejauh 15 meter dari tebing mereka terjunam," katanya.
Tambah beliau lagi, kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 pagi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menantu mentua maut
#kereta terjunam dalam laut
#Lahad Datu
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan