MALAYSIA
Menantu Muhyiddin dipercayai berada di Timur Tengah - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, namun negara terbabit tidak dapat didedahkan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang disiasat kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing dipercayai berada di sebuah negara Timur Tengah.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, namun negara terbabit tidak dapat didedahkan.
"Negara itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
"Usaha mengesan beliau (Adlan) masih dijalankan dan kita (SPRM) sudah membuat satu tindakan semalam dan berharap Kementerian Dalam Negeri akan bersetuju permohonan membatalkan pasportnya.
"Kita juga masih berbincang dengan negara terbabit bagaimana cara untuk membawanya pulang semula ke negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara SPRM dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Mereka ialah Muhammad Adlan dan peguam, Mansoor Saat dengan kedua-duanya dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.
Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Razarudin Husain dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
Dalam kes berlainan, berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Incorporated (MBI) berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir, Azam memaklumkan SPRM telah mengambil tindakan baharu berkaitan siasatan kes tersebut.
Ini berikutan khabar angin mendedahkan beberapa individu terkait dengan skandal rasuah tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya minggu lepas.
"Ini saya tidak boleh dedahkan lagi siapa individu itu, tapi saya mengesahkan bahawa SPRM ada mengambil tindakan baharu berkaitan dengan MBI," katanya.
Tambahnya, siasatan dijalankan membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- SPRM sahkan Muhammad Adlan Berhan berada di negara Timur Tengah yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia; usaha membawa pulang termasuk cadangan batal pasport sedang dijalankan.
- Interpol telah keluarkan notis merah terhadap Adlan dan peguam Mansoor Saat yang meninggalkan Malaysia pada Mei 2023 berkaitan kes penyelewengan projek biometrik pekerja asing.
- SPRM juga ambil tindakan baharu dalam siasatan kes rasuah MBI, melibatkan konsesi perlombongan pasir dan pengubahan wang haram, namun identiti individu terlibat belum didedahkan.