MALAYSIA
Mendapan di Masjid India: IKRAM diberi sebulan sedia laporan, cadangan elak kejadian berulang - Fadlun
Fadlun berkata, antara langkah yang akan dipertimbangkan termasuk penggunaan bahan lebih kukuh serta pemasangan rebar, iaitu besi tetulang yang digunakan untuk mengukuhkan struktur konkrit. - Foto Astro AWANI/Ikhwan Lee
KUALA LUMPUR: Laporan penuh kajian teknikal berhubung insiden mendapan yang berlaku di Jalan Bonus, Masjid India di sini 10 Nov lalu dijangka siap dalam tempoh sebulan.
Ringkasan AI
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud, kajian dijalankan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi mengenal pasti punca serta langkah terbaik bagi mengelak insiden sama berulang.
“Kita telah lantik IKRAM sebagai perunding untuk menjalankan kajian menyeluruh.
"Tempoh sebulan diberikan bagi menyiapkan laporan penuh dan cadangan untuk laluan pejalan kaki yang lebih kukuh,” katanya.
Antara langkah yang akan dipertimbangkan termasuk penggunaan bahan lebih kukuh serta pemasangan rebar (reinforcing bar), iaitu besi tetulang yang digunakan untuk mengukuhkan struktur konkrit.
Menurut Fadlun, kajian awal mendapati terdapat banyak utiliti di bawah laluan berkenaan, termasuk paip air, yang memerlukan perhatian khusus.
“Selepas laporan penuh dikeluarkan, kita akan minta IKRAM buka semula semua laluan pejalan kaki sedia ada untuk diganti dengan struktur yang lebih selamat,” jelasnya.
Beliau menambah, keseluruhan kajian melibatkan laluan sepanjang 30 kilometer di sekitar Kuala Lumpur yang dijangka siap dalam tempoh setahun, namun keutamaan akan diberikan kepada kawasan Jalan Masjid India.
“Kalau ikut fasa asal, ia mengambil masa lebih lama, tetapi saya minta keutamaan diberikan di Jalan Masjid India dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Fadlun turut memberi jaminan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memantau perkembangan kajian secara harian dan mengambil tindakan segera selepas laporan teknikal penuh dikeluarkan.
Insiden lubang benam tahun lalu mengorbankan pelancong India, G. Vijayalakshmi, 48, selepas dia terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter pada 23 Ogos.
Sementara itu, DBKL dijangka mengeluarkan laporan awam penuh menjelang akhir tahun ini.
Ringkasan AI
- Laporan kajian teknikal insiden mendapan di Jalan Bonus, Masjid India bakal siap dalam sebulan, dilakukan oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk kenal pasti punca serta langkah terbaik untuk elak kejadian berulang.
- Cadangan penambahbaikan termasuk penggunaan bahan lebih kukuh dan pemasangan rebar bagi mengukuhkan struktur konkrit, setelah kajian awal mendapati banyak utiliti di bawah laluan perlu tumpuan khas.
- Fokus pertama kawasan Jalan Masjid India dalam kajian keseluruhan laluan sepanjang 30 kilometer di Kuala Lumpur, dengan DBKL berjanji pantau perkembangan serta ambil tindakan segera selepas laporan teknikal lengkap dikeluarkan.