SITUASI penularan wabak COVID-19 di dalam negara telah membuatkan sesi persekolahan berlangsung dengan norma pendidikan yang baharu dan ia sedikit sebanyak merencatkan proses pembelajaran anak-anak yang sedang bersekolah.
Saya sendiri tahun ini mempunyai pengalaman baru apabila pertama kali menghantar ke sekolah. Hari pertama tahun persekolahan baru ini diharungi berbeza daripada yang sebelumnya.
Kami terpaksa mengharungi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak hari pertama dan setelah tiga hari melalui cara PdPR ini, beberapa isu telah timbul, tetapi masih boleh diperbaiki.
CABARAN WARGA PENDIDIK MELAKSANA PdPR
Pertamanya, saya melihat guru-guru berusaha mengikut kemampuan mereka untuk mengajar anak-anak murid walaupun tidak bersemuka tetapi ia tidak lah semudah seperti yang kita impikan.
Subjek yang diajar juga mempunyai limitasi tertentu terhadap cara pengajaran normal seseorang guru. Kawalan terhadap murid yang ramai pada jarak yang jauh juga membuatkan sesi pembelajaran tidak berlaku secara tuntas.
Kedua, tidak semua ibu bapa dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ketika murid-murid sedang dalam proses PdPR. Ada yang bekerja dan ada juga yang terpaksa keluar demi kelangsungan kehidupan keluarga.
Ini ditambah lagi dengan murid yang bukanlah operator kendiri dan masih bergantung kepada pertolongan ibu bapa. Penglibatan serta tumpuan daripada ibu bapa adalah amat penting bagi membantu proses pembelajaran dan memudahkan urusan guru-guru untuk lebih fokus dari aspek pengajaran.
Ketiga, PdPR memerlukan murid-murid untuk mempunyai peranti mudah alih (gajet) atau komputer riba bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran di rumah. Kemudian, seseorang murid itu perlu mempunyai capaian internet yang memuaskan bagi memastikan sesi pembelajaran tidak tersekat.
Tapi apa yang lebih merisaukan, apabila ada ibu bapa yang berkata, terdapat situasi isi rumah yang memerlukan gajet atau komputer riba lebih daripada satu kerana mereka mempunyai anak yang berada di dalam sesi persekolahan lebih daripada seorang.
Contohnya, saya pernah berbual dengan seorang ibu di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur yang mempunyai anak Tahun 6, Tingkatan 1 dan Tingkatan 3. Sesi pembelajaran menjadi satu permasalahan kerana ibu itu perlu mempunyai 3 gajet berbeza oleh kerana sesi pembelajaran berlaku serentak dan ini ditambah lagi keperluan untuk mempunyai data internet yang tinggi bagi setiap anaknya yang masih bersekolah.
Keempat, kadang-kala murid perlu mencetak bahan pembelajaran dengan serta-merta bagi memastikan kerja yang diberikan siap sepenuhnya. Tetapi ada di antara murid yang tidak mempunyai keupayaan atau kapasiti mencetak kerja ini dirumah. Jadi ibu-bapa perlu mencari solusi lain bagi memastikan anak mereka tidak ketinggalan.
Kelima, terdapat guru-guru yang masih belum sempat mengadptasikan diri dengan norma baharu sesi PdPR ini. Ada guru yang tidak dapat menguruskan atau mengawal pelajar dari jarak jauh. Ada juga yang memberi ulasan cara pengajaran yang tidak interaktif membuatkan murid tidak fokus semasa guru yang sedang mengajar.
Saya juga difahamkan ada guru yang membenarkan pelajar menutup kamera dan ini membuatkan sesi interaksi antara pelajar dan guru itu tidak berlaku.
INI ISU YANG PERLU DILIHAT SECARA MENYELURUH OLEH PIHAK KPM
Perkara-perkara ini perlu ditangani segera oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan di dalam kita menempuh wabak COVID-19 ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung secara sempurna sekaligus dapat memastikan ilmu pengetahuan dapat diterima sebaiknya oleh murid-murid.
Mungkin ini adalah sebahagian daripada pendapat dan pandangan ibu-bapa yang saya dapat kumpulkan. Saya pasti ada lagi luahan yang ibu-bapa mahu zahirkan demi memastikan perkembangan & kelestarian anak-anak dapat diteruskan.
Banyak cadangan yang telah dikemukakan di pelbagai platform untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Antaranya, ada cadangan untuk membuat siaran TV Pendidikan di siaran media utama, ada yang mahukan guru untuk memuat-turun sesi pengajaran di dalam media sosial seperti Youtube.
Ada juga kursus teknik pengajaran maya disediakan buat guru-guru untuk meningkatkan kemahiran berinteraksi di alam norma baharu.
Bagi penggunaan gajet pula, ada ibu-bapa dan syarikat yang menawarkan pinjaman gajet kadar rendah kepada keluarga yang tidak berkemampuan. Bahkan, wajar jika syarikat-syarikat gergasi yang telah lama mengaut keuntungan di dalam negara ini dapat menyumbang kembali buat murid-murid yang memerlukan.
Selain itu, keupayaan membiayai kredit telekomunikasi bagi kemudahan internet juga amat diperlukan oleh ramai pihak khususnya keluarga yang berpendapatan rendah. Kini, melalui Bajet 2021 sebanyak RM180 kredit telekomunikasi diberikan kepada golongan B40.
Cuma molek kiranya jika Kerajaan dapat memperluaskan segmen penerima dan jika boleh bayaran itu diberi pada kadar tetap setiap bulan sehingga tempoh pembelajaran secara maya selesai.
PERLU ADA SINERGI ANTARA PENDIDIK DAN IBU-BAPA
Akhirnya, saya percaya, tanpa gandingan ibu-bapa dan guru, sebuah legasi pendidikan yang baik tidak mampu diteruskan. Jika ada kekurangan, mungkin bukan ini ruang untuk kita terus semaikan rasa kebencian kepada pihak sekolah, tetapi cuba utarakan solusi dan pihak Kementerian perlu memperhalusi sebaik-baiknya. We are in this together.
Jika kita mempunyai keupayaan yang lebih dan mampu membantu pihak sekolah dan guru, ringan-ringankan lah. Jika komuniti kita mampu bersama berganding bahu bersama sekolah, menampung apa yang terkurang, usaha-usahakan lah. Kita mendepani cabaran ini bersama dan jika kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita - we have to do this together.
* Fadzmel Fadzil merupakan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional yang percaya bahawa nilai kesederhanaan dalam tindakan ,dan perpaduan, dapat menjamin kesejahteraan negara.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fadzmel Fadzil
Sun Jan 24 2021

Penglibatan serta tumpuan daripada ibu bapa adalah amat penting bagi membantu proses pembelajaran dan memudahkan urusan guru-guru untuk lebih fokus dari aspek pengajaran. --fotoBERNAMA/Hiasan

COVID-19 | Setahun pandemik di AS, imuniti kelompok perlu dicapai
Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci menggambarkan setahun negara kuasa besar itu berjuang memerangi COVID-19 adalah sesuatu yang sangat getir lagi mencabar. Ini kerana kata Fauci, pada akhirnya, Amerika perlu mencapai kadar vaksinasi sekitar 80 peratus untuk merealisasikan imuniti berkelompok.

YEF 2021 | Wujud peluang ubah ekonomi ditengah krisis - PM
Krisis yang berlarutan akibat COVID-19 wujudkan peluang jika pendekatan tradisional dikaji dan diperhalusi semula. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu sempat menyampaikan ucapatama di Pelancaran Forum Ekonomi Belia 2021 menjelaskan untuk menamatkan ketidaksamarataan jangka panjang, perhatian perlu diberikan kepada isu asasnya, peluang yang tidak sama rata.

UMNO tolak Bersatu: Apa hala tuju Pas?
Susulan langkah UMNO yang mengambil pendirian untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan hanya bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan. Pas kekal dengan pendirian untuk memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN), itu kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Bersama dengan Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran Dan Politik, Universiti Malaya (UM) Dr Mohammad Tawfik Yaakub melihat kepada situai politik semasa.

Badminton: Zii Jia mara ke suku akhir terbuka Switzerland
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11.

PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

Pembangunan Negeri | Muhyiddin lakukan lawatan kerja sehari ke Perlis
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis hari ini, bagi meninjau pembangunan negeri serta bertemu pimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis. Beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pagi ini, mengadakan pertemuan tertutup bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Pejabat Menteri Besar, bagi mendengar taklimat pembangunan negeri.

Lawatan kerja Muhyiddin ke Perlis
Bersama Abdul Hadi Che Awang, Wakil Astro AWANI di Perlis untuk mendapatkan kupasan lanjut mengenai lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perlis ini.

COVID-19 | 99,616 terima vaksin, Sarawak kekal catat rekod tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan jumlah 14,134 individu.

Vaksin COVID-19 | DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
DAP memandang serius terhadap dakwaan 'potong barisan' dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert
Masalah dalaman dan pemimpin PKR membuatkan ramai yang terkilan dan bertindak keluar dari parti yang berusia lebih 20 tahun.

Menempuhi dugaan norma pendidikan baharu bersama
Tidak semua ibu bapa dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ketika murid-murid sedang dalam proses PdPR, ada yang bekerja dan dan ada juga yang terpaksa keluar demi kelangsungan hidup.